Seorang bayi yang baru berusia empat bulan ditemui berada di payudara ibunya yang sudah meninggal dunia. Kejadian yang berlaku di Wilayah Lamphun itu menyaksikan ibu muda yang dikenali sebagai Nuan, dipercayai menemui ajal beberapa jam sebelum pihak polis sampai.
Asia One melaporkan, ibu berusia 25 tahun yang berasal dari Myanmar itu ditemi terbaring di atas katil dengan bayi yang masih menyusu. Suaminya berkata isterinya sihat sahaja sebelum mereka masuk tidur malam sebelumya. Tambahnya sekitar jam 3 pagi, dia mendengar bayinya merengek dan isterinya seperti sesak nafas, namun tidak menyangka apa-apa yang buruk.
Pada jam 5 pagi, lelaki berkenaan menemui isterinya sudah terbujur kaku. Mayat wanita berkenaan dihantar sudah dihantar untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada kelurga untuk upacara pengebumian. -CARI
|
allshares replied at 1-10-2020 01:15 PM
Ade je schoolmate iols bininya dia hantar hosp utk bersalin, dia boleh bantai blk tido. Hanat sgt la ...
missinpiece replied at 1-10-2020 06:45 PM
Ada iols jumpa juga. Si wife sampai mintak tolong iols call kan phone rumah hset husband semua. Da ...
ADVERTISEMENT