Dibayar RM1,500 bagi empat hari sesi penggambaran untuk 28 babak adalah melampau bagi Nazia Mustafar. Bagaimanapun, bukan soal bayaran membuatkan pemilik nama Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 45, melenting, sebaliknya ayat sinis pihak yang menawarkan kerja itu membuat marahnya meluap-luap. "Aku tak pernah marah, tapi aku rasa kali ni melampau. Lepas tu bahasa agak kurang ajar 'tak nak takpelah, ramai artis yang nak'. Biadab betul," tulisnya di Instagram.
|
Belibis replied at 30-9-2020 02:12 PM
Bila masa pulak nadia tukar jadi nazia?
Belibis replied at 30-9-2020 02:12 PM
Bila masa pulak nadia tukar jadi nazia?
bottombikini replied at 30-9-2020 03:21 PM
bawak la bersyukur ada jugak dpt job
di kala2 pandemic ni
karipapcinta replied at 30-9-2020 03:38 PM
ni bukan masalah syukur, ni masalah ambil kesempatan, tv steyen dah bayar sejumlah wang ke product ...
ADVERTISEMENT