CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bosan Kangkang Curi Tin Susu, Kini Curi Baju Pula

10-9-2020 04:34 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 9049| Komen: 22|Original author: Oleh: rikuren



Lapan pencuri 'profesional' yang mendalangi kegiatan mencuri pakaian berjenama di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang membabitkan kerugian lebih RM200,000 dicekup pihak polis awal bulan lalu.


Kredit Foto - Harian Metro

Rupa-rupanya, kumpulan ini adalah serpihan 'Geng Susu Kangkang' yang dahulunya aktif mencuri susu tepung di pasar raya dan kedai runcit sebelum menukar modus operandi dengan menjalankan kegiatan mencuri pakaian.



Perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan yang berkata, kesemua suspek termasuk pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Klang dan Petaling Jaya pada 10 Ogos.

Ismadi berkata, kumpulan yang digelar Geng Bonda ini didapati menggunakan pelbagai taktik dan helah termasuk mengalih perhatian pengawal keselamatan selain mampu membawa keluar pakaian dicuri tanpa dikesan sistem pengesan yang diletakkan di pintu masuk dan keluar butik pakaian.


Kredit Foto - Youtube

Kesemua suspek terdiri daripada warga Indonesia dan warga tempatan berasal dari Sabah itu kini masih ditahan dan usaha mengesan saki baki ahli kumpulan masih dijalankan.

Empat daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Badan kuat dan sihat, tapi kerja nak mencuri sahaja. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote macaiPH 9-9-2020 09:50 PM
bonda akhirnya

terbongkar jua rahsia

tangisan dan gurindam

keramat kasih sayang mu

keeeeeeeeeeeeeeeeeramat

kaaaaaaaaaaaaaaasih

sayangmuuuuuuuuuuuuuuu
Quote mh17 10-9-2020 01:24 AM
Trisnalovezul punya hal ke ni
Quote bungarose 10-9-2020 06:10 AM
Datang malaysia buat jenayah
Semakkk
Quote TomyamPuteh 10-9-2020 10:53 AM
Ada satu berita tu psl awek rohingya jd ketua geng penyamun
Quote Artemesiaa 10-9-2020 11:45 AM
Wow banyaknya mereka kebas dah berguni2 tu
Quote rikuren 10-9-2020 04:34 PM





Lapan pencuri 'profesional' yang mendalangi kegiatan mencuri pakaian berjenama di beberapa pasar raya sekitar Lembah Klang membabitkan kerugian lebih RM200,000 dicekup pihak polis awal bulan lalu.





Kredit Foto - Harian Metro




Rupa-rupanya, kumpulan ini adalah serpihan 'Geng Susu Kangkang' yang dahulunya aktif mencuri susu tepung di pasar raya dan kedai runcit sebelum menukar modus operandi dengan menjalankan kegiatan mencuri pakaian.




[youtube]LuaFl-f65T4[/youtube]



Perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan yang berkata, kesemua suspek termasuk pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Klang dan Petaling Jaya pada 10 Ogos.


Ismadi berkata, kumpulan yang digelar Geng Bonda ini didapati menggunakan pelbagai taktik dan helah termasuk mengalih perhatian pengawal keselamatan selain mampu membawa keluar pakaian dicuri tanpa dikesan sistem pengesan yang diletakkan di pintu masuk dan keluar butik pakaian.




Kredit Foto - Youtube




Kesemua suspek terdiri daripada warga Indonesia dan warga tempatan berasal dari Sabah itu kini masih ditahan dan usaha mengesan saki baki ahli kumpulan masih dijalankan.


Empat daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau seperti yang dilaporkan Harian Metro.


Badan kuat dan sihat, tapi kerja nak mencuri sahaja. - CARI
Quote ip_lepat 10-9-2020 04:46 PM
TomyamPuteh replied at 10-9-2020 10:53 AM
Ada satu berita tu psl awek rohingya jd ketua geng penyamun

dah kedalam dah lahanat ni


Quote LostStar 10-9-2020 04:49 PM
mcmne mereka ni ada keberanian nak mencuri sebegini? hebat betul..
Quote swateng1 10-9-2020 05:00 PM
lawaknya nama geng susu kangkang. letak celah kangkang, jalan terkengkang2
Quote macaiPH 10-9-2020 05:02 PM
baju mahal2 lah sekarang
Quote buapakperut 10-9-2020 05:54 PM
mak aih.. satu geng
Quote Mulotkoyak 10-9-2020 08:36 PM
Biasenye die org ni akan pakai tudong labuh. Padahal xpakai tudung sbnrnye.
Quote Mulotkoyak 10-9-2020 08:37 PM
Biasenye die org ni akan pakai tudong labuh. Padahal xpakai tudung sbnrnye. {:cryrun{:cryrun
Quote Mulotkoyak 10-9-2020 08:47 PM
Biasenye die org ni akan pakai tudong labuh. Padahal xpakai tudung sbnrnye. {:cryrun{:cryrun
Quote husna_amal 11-9-2020 09:43 AM
Ingatkan baju2 tu dia masukkan kat celah kangkang juga, rupanya letak kat dalam stroller baby.
Quote macaiPH 11-9-2020 10:26 AM
husna_amal replied at 11-9-2020 09:43 AM
Ingatkan baju2 tu dia masukkan kat celah kangkang juga, rupanya letak kat dalam stroller baby.

[youtube]swZtci4ZqMs[/youtube]
Quote husna_amal 11-9-2020 10:37 AM

Uihh sekali ramai2 masuk kedai geng makcik kangkang ni. Masa kantoi tu semua cabut lari.
Quote siputpepel 11-9-2020 10:59 AM
begitu dahsyat sekali ya
Quote Gomea 12-9-2020 10:56 AM
Lepas curi jual kat online ke?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.153033 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top