Erry Putra mengutuk keras tindakan segelintir pengguna TikTok terutama di kalangan wanita yang berkelakuan tidak senonoh di platform hiburan itu. Mengakui dirinya juga sebaga ipengguna TikTok, Erry bagaimanapun mendakwa benda-benda (tidak senonoh) seumpama inilah menyebabkan orang memandang rendah pada pengguna TikTok lain. "Kenapa sampai jadi macam ni? Maaflah, aku jantan juga tapi kalau sampai macam ni kan, baik tak payahlah gais. Kesian muslimah lain. "Orang bukan muslim tengok depa, cakap apa pula pada orang muslim," tulisnya. Memuat naik video TikTok daripada seorang pengguna wanita yang duduk terkangkang, Erry menegaskan dia tidak menyukai pengguna berkenaan kerana kelakuan melampaunya itu.
Bagaimanapun, dalam kemas kini terbarunya Ery memberi bayangan seolah-olah pihak terbabit teruja apabila ditularkannya. "Aku tak faham korang boleh suka aku viralkan korg emmm.. Siap terima kasih lagi kat aku," ujarnya terkilan. Erry dalam pada itu menjelaskan dia menggunakan TikTok untuk menjana pendapatan, justeru meminta orang ramai memberi kerjasama supaya tidak 'merosakkan' aplikasi berkenaan. - CARI
|
husna_amal replied at 7-9-2020 01:19 PM
Tunggu masa kerajaan haramkan apps tiktok ni je.
Nurul8001 replied at 7-9-2020 01:39 PM
Janganlah haram kan.
Byk benda bagus kat tiktok ni, gajet2 terbaru, deko2 rumah, tips bersenam
shernazz replied at 7-9-2020 02:15 PM
Laa ye ke
Iols.ingat video menari menari je..hahah
kroit92 replied at 7-9-2020 01:43 PM
terbaca satu ayat haritu,
terjemahannya lebih kurang bunyi gini..
kroit92 replied at 7-9-2020 01:43 PM
terbaca satu ayat haritu,
terjemahannya lebih kurang bunyi gini..
kroit92 replied at 7-9-2020 01:48 PM
btw, tak tahu Tiktok boleh buat duit.
macam mana sistem dia? ada iklan ke? pencerahan pliss
supernaturalee replied at 7-9-2020 02:55 PM
Pls jgn mengangkang dek
ADVERTISEMENT