Jika sebelum ini, vokalis Drama Band, Aepul Roza menyuarakan keresahannya kerana stesen penyiaran radio kerap memainkan lagu TikTok, nampaknya dia tidak berseorangan. Ianya bukan sahaja menjadi kebimbangan kepada penyanyi Malaysia, tetapi juga menimbulkan rasa menyampah netizen terhadap kegilaan stesen radio memainkan lagu-lagu dari platform TikTok berbanding lalu-lagu lain. Kegusaran ini sebenarnya berasas kerana stesen radio kini seolah-olah terperangkap di dalam Tik Tok lalu menyangka yang pendengar radio mahukannya.
Sudah lah deejay radio pun dipilih dari kalangan pelawak, kini pendengar dipaksa pula mendengar sesuatu yang bukan kemahuan mereka. Persoalannya memang zaman sekarang, semua kena ikut perkara yang trending dan tular ke, macam mana? Menurut pengguna Twitter, Afiq Shari mendakwa stesen radio sepatutnya mendengar pandangan pendengar yang sudah muak dengan lagu yang diputar berulang kali dalam sehari. Malah, bahagian yang sedap hanyalah ketika korus semata-mata dan bukannya keseluruhan lagu. Mengapa perlu terikut-ikut trend sebegini? Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat tersebut kerana pendengar radio dan penonton TikTok adalah individu berlainan, jadi selera juga berbeza. Kenapa perlu disamakan? Ada pula yang menyarankan supaya menukar saluran. Anda pula bagaimana? Menyampah atau 'okey-okey ja'? - CARI
|
opie5662 replied at 7-9-2020 10:58 AM
Mipan zu zu zu zu zu zu... Mipan wakacau nyam nyam nyam.... Mipaaa aaaa aaa aaaannnn... Zu zu zu zu ...
RatuDunia94 replied at 7-9-2020 10:59 AM
Radio mana tu yg main lagu tiktok?
Tp ada je lagu2 tiktok yg best.. lagu2 omputih lah.. kalau lagu2 ...
Boomibulat replied at 7-9-2020 11:08 AM
Boleh tak sesiapa bg contoh lagu tik-tok ni..sy x paham lagu cmana..sy x de masa dgr radio..klu ada ...
Boomibulat replied at 7-9-2020 11:08 AM
Boleh tak sesiapa bg contoh lagu tik-tok ni..sy x paham lagu cmana..sy x de masa dgr radio..klu ada ...
RatuDunia94 replied at 7-9-2020 11:23 AM
Lagu ni pun best
matchstick replied at 7-9-2020 11:03 AM
Lagu maniac Conan gay tu lagu tiktok juga ke..benci betul aku dgr radio duk ulang lagu tu. Aku Googl ...
husna_amal replied at 7-9-2020 11:39 AM
Tak pernah lagi dengar lagu tik tok kat radio2 ni sebab dah lama tak play radio.
ADVERTISEMENT