CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beritahu Ibu Nak Kahwin Biarpun Emir Belum Lamar, Mira Filzah Kahwin Malam Ini

3-9-2020 12:29 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 248498| Komen: 1990|Original author: Oleh: LilRose

Pernikahan pelakon Mira Filzah dengan Wan Emir Wan Astar yang sepatutnya berlangsung pada Oktober dipercepatkan pada malam Khamis.

Memetik Berita Harian, aktres yang mengesahkan perkara itu berkata majlis berkenaan akan diadakan di sebuah Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara.



Kredit foto: IG

Kata Mira, ia berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York pulang ke tanah air untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

"Saya dan Emir sepatutnya disatukan pada Oktober depan tetapi disebabkan kakak tidak boleh berulang alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan.

"Kakak hanya dapat bersama sehingga esok, selepas itu dia perlu pulang ke AS kerana anak saudara akan memulakan sesi persekolahan yang baharu," katanya.

Difahamkan, majlis itu akan disiarkan secara langsung selama 10 minit jam 9 malam menerusi program MBuzz TV3 dan YouTube pada jam 8.30 malam.




Berkongsi kisah cinta mereka, Mira akui dia sendiri meluahkan hasrat kepada ibunya ingin berumah tangga biarpun Emir belum melamarnya.

"Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu ibu mahu berkahwin dengan Emir, namun dia masih belum melamar saya. Saya tidak tahu kenapa tetapi mungkin disebabkan gerak hati yang merasakan keputusan itu adalah tepat.

"Jadi, saya terus beritahu ibu hasrat hati untuk berkahwin. Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama.


Kredit foto: IG

"Tetapi dia bimbang jika saya anggap terburu-buru. Semua ini tidak akan terjadi tanpa restu kedua-dua ibu saya dan dia yang memudahkan lagi niat kami berdua," kata Mira.

Tahniah, Mira! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 2-9-2020 01:55 PM
Wah. Dah mcm tokti dedulu. Live kt tv. Ke sebab toklaki anak menteri?
Quote chachani 2-9-2020 01:57 PM
Apo yg spesel sgt mila pilzah ni ntah la...,
Quote Shayang 2-9-2020 01:58 PM
Aik boleh buat live dah ehh? Ingat kena nikah depan pintu pagar je lagi sekarang ni so dah leh la wat kenduri kawen yg proper kan.
Quote awex^returns 2-9-2020 01:59 PM
siapa yang nak tengok tu .... hahahaha.... koserr
Quote chinta89 2-9-2020 02:01 PM
ape istimewanya dia sampai kena live mcm tokti....
Quote AbukRokok 2-9-2020 02:01 PM
Sazida replied at 2-9-2020 01:55 PM
Wah. Dah mcm tokti dedulu. Live kt tv. Ke sebab toklaki anak menteri?

nowa danish dulu kawin anak menteri xde pun siaran langsung tv3 ?
Quote kucingitam 2-9-2020 02:02 PM
sooo??? nak kena buat apa?
Quote AbukRokok 2-9-2020 02:02 PM
adakah selepas ni akan bermula trend ummi berlumba2 panggil tv3 live coverage kahwin? yelah media prima kan tgh sesak duit
Quote lasagna 2-9-2020 02:03 PM
awex^returns replied at 2-9-2020 01:59 PM
siapa yang nak tengok tu .... hahahaha.... koserr

ehh ada jer uols yg nk menengok selalunya fans sheols lah kan..
Quote sha21 2-9-2020 02:06 PM
AbukRokok replied at 2-9-2020 02:02 PM
adakah selepas ni akan bermula trend ummi berlumba2 panggil tv3 live coverage kahwin? yelah media pr ...

Tak cukup lagi ke duit hasil cjwowshop babi tu uols. Masih sesak duit lagi ke
Quote SherryZass 2-9-2020 02:07 PM
Wow, speselnya sampai live kat tv pulak tu
Quote kaseh80 2-9-2020 02:14 PM
Wah sebab anak timb. Menteri ke?
Quote mizruncing 2-9-2020 02:15 PM
wooooowww pukul berapa
Quote sweetgirl 2-9-2020 02:18 PM
chinta89 replied at 2-9-2020 02:01 PM
ape istimewanya dia sampai kena live mcm tokti....

mungkin sbb mira banyak jd pengacara rancangan tv3 kot... Nona la Mahligai cinta la... lepastu drama pun banyak tv3 kan... tu yg ada special tu kot

Quote Orix 2-9-2020 02:21 PM
ad org kesahhhhh ke ???? kalau level tokti zmn dlu2 tu paham la jugak.
Quote TomyamPuteh 2-9-2020 02:24 PM
Dia kan pengacara nona. So mmg lojik la tv3 buat coverage pon
Quote coco 2-9-2020 02:26 PM
me berdoa agar suami dia akan melarang dia sekeras kerasnya dari berlakon memandangkan lakonannya mmg sekeras kayu kayan.
Quote Mina2215 2-9-2020 02:26 PM
@Kurex silakan
Quote gujiwa 2-9-2020 02:27 PM
tak sabar nak tgk mira . hahahahaha.. moga dipermudahkan urusan semua..

Lihat semua komen(1990)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.141794 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top