Seorang wanita mengalami masalah kesihatan mental dilaporkan duduk di sebelah mayat anaknya yang maut akibat kebuluran. Lapor Times of India seperti dipetik mStar Online, dalam kejadian di Chennai, India, ibu kanak-kanak berusia 7 tahun terbabit enggan meminta pertolongan saudara-mara.
Sebaliknya, dia hanya duduk di sebelah mayat mangsa di rumah mereka selama tiga hari sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan. Polis dan pihak berkuasa tiba di rumah berkenaan sebaik menerima aduan daripada jiran yang curiga mengenai bau busuk dari rumah itu. Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa yang tinggal bersama ibunya sejak wanita itu berpisah dengan suami tujuh tahun lalu, meninggal dunia akibat kelaparan. - CARI
|
Artemesiaa: Mental susah pula mana keluarga nak peduli hanya bau menyedarkan jiran akan masaalah yang dihadapi
ADVERTISEMENT