CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dah Minta Pisau Bagai, Putar Belit Cerita Sebenar Pula - Individu Diserang K-Clique Bersuara

3-9-2020 10:14 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16894| Komen: 79|Original author: Oleh: LilRose

Selepas Tuju menjelaskan insiden pergaduhan yang berlaku sebelum ini sebagai satu fitnah, Klouds dari kumpulan TTONTHEMOVE tampil bersuara.

Katanya ketika dihubungi Gempak, dalam insiden berlaku di Bukit Jalil itu, dia dikepung dan diserang ahli K-Clique (Tuju, MK, Noki dan Nasty Nas) sehingga cedera di kepala dan tengkuk.



Kredit foto: mStar/IG Tuju

"Saya di sana untuk berniaga, tiba-tiba mereka kepung saya.

"Ketika itu saya dengar Tuju dah minta pisau daripada peniaga berdekatan nak cederakan saya, MK pula cuba nak cekik saya," dakwanya.


Kredit foto: IG Tuju


Dedahnya, video kejadian yang dirakam adiknya dipadam selepas telefon bimbitnya dirampas.

"Mereka tak puas hati dengan satu lagu yang kami buat, mereka minta take down, tapi tak diendahkan.

"Mereka sudah berada di atas, kenapa dia kisah pasal kami. Kami tak pernah kacau orang," ujarnya.


Kredit foto: Gempak

Difahamkan, Klouds sudah membuat laporan polis berhubung kejadian, semalam kerana bimbangkan keselamatannya.

"Selepas apa yang berlaku, Mereka cuba putar belitkan cerita sebenar. Kalau boleh saya malas nak panjang-panjangkan," katanya.

Siapa di pihak benar dalam insiden ini? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kirana_22 3-9-2020 10:31 AM
Yg penting iols tak kenal.. Next.....
Quote haruslah 3-9-2020 10:40 AM
Hahah
Bbnu je gigih k klik k klik ni....
Ntah ape....
Quote rosasen 3-9-2020 10:40 AM
aku x kenal la korg..hebat sgt ke nk jd gengster ni?
Quote TomyamPuteh 3-9-2020 10:41 AM
Aku sbg remaja purba mmg x knal diorg ni
Quote mizruncing 3-9-2020 10:43 AM
erkkkk samseng rupanya k clique ni
Quote MadameOnion 3-9-2020 10:44 AM
Bakat ke laut, kepam..nasib baik bbnu terencat je dengaq lagu ampa...aku prefer rap aman ra
Quote haruslah 3-9-2020 10:58 AM
Pernah tertengok bideo kat utube
Geng diorang ni termasuk yg kena tahan kes kat stesen minyak tu "gaduh" dgn penyanyi baru.
Ayat yg keluar hmmmmmmm

So, i x ttipu la mane dgn mana bbnu yg idolkan k klik ni....
Quote husna_amal 3-9-2020 11:04 AM
Belum apa2 dah kecoh dengan perangai baran kumpulan ni.
Quote taji2906 3-9-2020 11:15 AM
acah2 mcm gangsta rappers negro kat US sana letuww.. puiii
Quote anilanil 3-9-2020 11:20 AM
Ai suka nengok parody mv yg budak2 fkk buat kat utube. Seriously lagi padu dari ori mv. Harap2 budak2 fkk tak kena tibai...
Quote misuke 3-9-2020 11:21 AM
k clique ni natang apa
Quote naksedap 3-9-2020 11:23 AM
Aku kenal altimet dgn Joe flizzoe je. Rapper educated.
Quote shaiy 3-9-2020 11:27 AM
adui bah datang sini langsi bah,boleh blah lah kau..
Quote shysari 3-9-2020 11:29 AM
Menyanyi pun mencarut2 lirik ntah apa2 lansung tak de positif vibe tp itu la yg diagung2kan bbnu.
Perangai pun tak semengah ngan emas la ganster la tp tak pe dia letak nama mak dia syurga kat dlm tel dan nangis2 tiap2 kali vc mak dia
So semua dimaafkan..molia sungguh hati mu
Quote azimodin 3-9-2020 11:32 AM
Zaman too phat & poetic ammo dulu xde pulak dengar bergasak gini. Geng2 kelik-kelik ni x reti nak buat diss track ke?
Quote cruz2 3-9-2020 11:38 AM
haruslah replied at 3-9-2020 10:58 AM
Pernah tertengok bideo kat utube
Geng diorang ni termasuk yg kena tahan kes kat stesen minyak tu "g ...

K Clique dgn zynakal tu ke you?
Quote gujiwa 3-9-2020 11:40 AM
tak habis2x kes ni kat twitter bosan rasa.. dah tak paham ape kes..

hahahaha
Quote edsassin 3-9-2020 11:42 AM
Rengsa aku dengan orang yg minat mk ni. Dengan rantai emasnya
Quote msdummy.2018 3-9-2020 12:12 PM
aku lebih rengsa tgk si jenna tergedik2 tgk group ni kat melodi..merenyam sungguh

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046675 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top