CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Fishing Village Konon, Sebab Inilah Nelayan Putus Sumber Rezeki

1-9-2020 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9457| Komen: 42|Original author: Oleh: cari-azza





Jika anda sukakan aktiviti laut, pastinya kewujudan lokasi yang menghimpunkan segala keseronokan ini mengujakan. Lokasi terbaharu di Lumut Perak, Rockbund Fishing Village menawarkan kegembiraan tersebut dengan aktiviti snorkelling, memancing dan boleh menginap di kabin berwarna-warni.

Tetapi, apa yang ramai tidak tahu adalah kewujudan tempat riadah tersebut sebenarnya membunuh sumber kehidupan nelayan. Malah, sebenarnya mereka semua sudah berulang kali memprotes pembinaan pusat riadah tersebut, namun hampa kerana pelbagai alasan diterima daripada kerajaan negeri.

Sampai bila kita akan melihat satu persatu khazanah alam yang juga punca rezeki golongan marhein ditarah atas nama pembangunan?


Kredit foto: Twitter

Pengguna Twitter, Shakila membongkar bahawa projek ini telah berlangsung lamanya dari tahun 2001 hinggakan laut sudah menjadi seperti longkang. Ramai yang membantah tetapi tiada siapa peduli. Laman Facebook ini bukti para nelayan dan masyarakat setempat sudah menyuarakan kebimbangan mereka, namun ianya tidak mendapat perhatian.



Bantahan bagaikan angin lalu kerana apa yang lebih penting bagi kerajaan negeri adalah lokasi yang cantik perlu dibina untuk menarik perhatian pelancong.

Tidak hanya Teluk Muruh 'diceroboh', ada satu lagi projek yang bakal meranapkan ekosistem laut dan sumber rezeki nelayan adalah perlombongan pasir perairan perak yang mana proses pembinaannya dijangka berjalan selama 15 tahun.


Foto : FB

Bantahan telah dilakukan, tetapi seperti biasa tiada jawapan dari kerajaan negeri. Itu yang menyebabkan ramai netizen marah termasuk Adibah Noor yang memberikan reaksi sedih.


Foto : Twitter

Rentetan itu, ramai yang menyuarakan beberapa pengkalan juga telah dibina pembangunan yang hanya merosakkan eksosistem alam. Antaranya adalah Teluk Rubiah, Perak, Pengkalan Balak, Melaka.


Foto : Twitter

Dalam masa sama, netizen turut bersyukur yang projek Laguna Mersing tidak jadi dilakukan akibat titah Sultan Johor yang membatalkannya pada tahun 2012.


Foto : Kosmo

Nampaknya, kuasa bantahan masyarakat setempat tidak cukup kuat untuk menyedarkan kerajaan negeri mengenai bahaya pencerobohan alam ini. Perlu ada gerakan susulan dari netizen untuk mendesak agar projek ini dibatalkan. Bagaimana? Ada yang berani mulakannya? - CARI

Bagus
5

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 1-9-2020 10:53 AM
perak sapa yg bagi full swing agreement? raja diorg kah? muur raja johor itu masih berperikemanusiaan. boikot fishing village tu..biar tutup terus. nelayan yg teraniaya bole pindah situ.
Quote ina_na 1-9-2020 10:55 AM
Knp la aku terbayang2 ikan yg br di pancing lps tu msk.. Sedap nye
Quote zarulnazmi 1-9-2020 12:28 PM
rospinki replied at 1-9-2020 10:53 AM
perak sapa yg bagi full swing agreement? raja diorg kah? muur raja johor itu masih berperikemanusiaa ...

rasanya macam sultan johor yang ambil tahu tentang hal dalam negeri. raja2 lain macam tak endah kalau projek tu ada effect pada rakyat negeri masing2.

Quote dudaberhias 1-9-2020 12:31 PM
fishing village tu macam mana? bakal terkambus dek ombak jugak ke?
Quote husna_amal 1-9-2020 12:55 PM
Perkara yang merosakkan ekosistem macam ni memang patut diambil tindakan.
Quote RatuDunia94 1-9-2020 01:19 PM
Hanya pikirkan keuntungan tanpa pikirkan impak alam sekitar.
Quote isseliparjepun 1-9-2020 01:55 PM
I bukan nak rasis tapi rockbund tu siapa punya..kalau kata kompeni cha ya nun alif ni ada ke yang berani say no. Kesian nelayan yang turun ke laut hari hari bila kawasan tu dah ditambak sepenuhnya.
Quote dudaberhias 1-9-2020 01:59 PM
RatuDunia94 replied at 1-9-2020 01:19 PM
Hanya pikirkan keuntungan tanpa pikirkan impak alam sekitar.

Kalau untung takpe lagi kaka, ni sah2 la takde untung, hotel2 @ resort @ chalet macamni ambil masa 5 ke atas koman2 pun nak dapat keuntungan untuk cover kos bina. Malaysia ni asyik luluskan projek2 yang haus. Lagi2 perumahan.
Quote grouper 1-9-2020 02:04 PM
Punya lama siap marina island ni..nape skang baru berbunyi balik. byk kali dah p sini n rockbund tu mula2 je seronok mancing sana. Skang geng mancing mmg maki je nelayan2 ni sbb geng diorg pasang pukat betul rapat depan chalet tu. Geng pancing bayar mahal2 kat situ nak mancing santai2 depan chalet terus baling pancing sekali depan penuh ngan pukat x kira masa...
Quote dekmieDandy 1-9-2020 02:19 PM
ni zaman zambry kan!!

dia siap cakap yang protes projek ni orang luar je, orang situ tak cakap papepon

walaupun hakikatnya...
Quote pasa 1-9-2020 02:26 PM
grouper replied at 1-9-2020 02:04 PM
Punya lama siap marina island ni..nape skang baru berbunyi balik. byk kali dah p sini n rockbund tu  ...

Haah kan lama dah marina Island tu. Projek tu pun rasa ad EIA.

Jgn jadi projek terowong yg tu adibah nor pun krik krik krik 300 juta utk Kos kajian.
Quote adeqbun 1-9-2020 02:33 PM
ai tgk program off the grid by the sea,byknye negara2 luar ni tanah khas utk rumah merah tepi2 laut..maksudnye xde la semua lokasi cantik2 diorg jdkan tmpt peranginan..ade preserve utk dijadikan rumah penginapan..
Quote jofizo 1-9-2020 02:45 PM
markas tldm kat situ dah x privacy lg.....semua dh dikelilingi oleh pembangunan
Quote lavendernovella 1-9-2020 03:31 PM
Adakah suara orang miskin takder hak? {:cryrun
Sapa nak jawab ni
Quote CiliPadiSedap 1-9-2020 05:41 PM
lavendernovella replied at 1-9-2020 03:31 PM
Adakah suara orang miskin takder hak? {:cryrun
Sapa nak jawab ni

Memang xde hak kt dunia
Kat akhirat mereka akan di adili di beri hak. Kat dunia siapa berduit berkuasa dia lah undang2

Ni realiti.
Quote lavendernovella 1-9-2020 05:53 PM
CiliPadiSedap replied at 1-9-2020 05:41 PM
Memang xde hak kt dunia
Kat akhirat mereka akan di adili di beri hak. Kat dunia siapa berduit be ...

Betul tu saya setuju. Realiti mmg pahit. Syurga itu nanti orang miskin (masa kat dunia) yang akan masuk dulu. Dan yang kaya antara yg terakhir. Jarak masa antara miskin dan kaya amat2lah terlalu jauh....  tak leh dan tak mampu nak bayang.
Quote axl_bach 1-9-2020 06:07 PM
Realiti dunia hari ini.....bila kerajaan buat satu tindakan pasti akan ada collateral damage....

Mungkin dari segi pulangan ekonomi buat kawasan perlancongan lebih bagi impak ekonomi pada penduduk setemlat, tp collateral damage dia kena kat nelayan lah....
Quote tripleid 1-9-2020 06:14 PM
Edited by tripleid at 14-11-2020 02:10 PM


[youtube]VDkKqHG1BFE[/youtube]
Quote CiliPadiSedap 1-9-2020 08:22 PM
Kalau akak jd kerajaan pekara pertama akak buat potong kredit sista vokuru

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.108895 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top