Jika anda sukakan aktiviti laut, pastinya kewujudan lokasi yang menghimpunkan segala keseronokan ini mengujakan. Lokasi terbaharu di Lumut Perak, Rockbund Fishing Village menawarkan kegembiraan tersebut dengan aktiviti snorkelling, memancing dan boleh menginap di kabin berwarna-warni.
Tetapi, apa yang ramai tidak tahu adalah kewujudan tempat riadah tersebut sebenarnya membunuh sumber kehidupan nelayan. Malah, sebenarnya mereka semua sudah berulang kali memprotes pembinaan pusat riadah tersebut, namun hampa kerana pelbagai alasan diterima daripada kerajaan negeri.
Sampai bila kita akan melihat satu persatu khazanah alam yang juga punca rezeki golongan marhein ditarah atas nama pembangunan?
Kredit foto: Twitter
Pengguna Twitter, Shakila membongkar bahawa projek ini telah berlangsung lamanya dari tahun 2001 hinggakan laut sudah menjadi seperti longkang. Ramai yang membantah tetapi tiada siapa peduli. Laman Facebook ini bukti para nelayan dan masyarakat setempat sudah menyuarakan kebimbangan mereka, namun ianya tidak mendapat perhatian.
Bantahan bagaikan angin lalu kerana apa yang lebih penting bagi kerajaan negeri adalah lokasi yang cantik perlu dibina untuk menarik perhatian pelancong.
Tidak hanya Teluk Muruh 'diceroboh', ada satu lagi projek yang bakal meranapkan ekosistem laut dan sumber rezeki nelayan adalah perlombongan pasir perairan perak yang mana proses pembinaannya dijangka berjalan selama 15 tahun.
Foto : FB
Bantahan telah dilakukan, tetapi seperti biasa tiada jawapan dari kerajaan negeri. Itu yang menyebabkan ramai netizen marah termasuk Adibah Noor yang memberikan reaksi sedih.
Foto : Twitter
Rentetan itu, ramai yang menyuarakan beberapa pengkalan juga telah dibina pembangunan yang hanya merosakkan eksosistem alam. Antaranya adalah Teluk Rubiah, Perak, Pengkalan Balak, Melaka.
Foto : Twitter
Dalam masa sama, netizen turut bersyukur yang projek Laguna Mersing tidak jadi dilakukan akibat titah Sultan Johor yang membatalkannya pada tahun 2012.
Foto : Kosmo
Nampaknya, kuasa bantahan masyarakat setempat tidak cukup kuat untuk menyedarkan kerajaan negeri mengenai bahaya pencerobohan alam ini. Perlu ada gerakan susulan dari netizen untuk mendesak agar projek ini dibatalkan. Bagaimana? Ada yang berani mulakannya? - CARI
|