|
Ramai peminat filem adiwira 'Black Panther' menzahirkan kesedihan terhadap kematian pelakon utamanya, Chadwick Boseman akibat kanser kolon. Tindakan pelakon dan Pencetus Ummah (PU) Azman mengucap takziah atas kematian Boseman itu mengundang perdebatan antara pengguna Instagram. Boleh ke ucap takziah kepada orang bukan Islam?
Enggan membiarkan kekeliruan terus melanda pengikutnya, PU Azman dalam posting terbarunya menjelaskan adalah lebih baik menggantikan RIP (Rest In Peace) dengan ucapan Innalillah atau takziah. "Takziah bukan doa untuk si mati. Tapi, lebih kepada memberi motivasi dan semangat kepada keluarga si mati yang masih hidup sebab mereka tengah sedih. "Ucapan Innalillah bukan untuk kematian orang Islam je, tapi untuk musibah juga. Musibah ni banyak (jenis)," tulisnya. Semoga semua jelas dengan pencerahan oleh Cik Man ini. - CARI
|
lavendernovella replied at 30-8-2020 06:43 PM
Suka cara ustaz ni. Mudah nak paham.
Kurex replied at 30-8-2020 07:04 PM
Senoga uols dijodohkan dengan ostad ni . Amin

RatuDunia94 replied at 30-8-2020 05:18 PM
Apa salahnya ucap Rest In Peace pon.. yg melayu feeling2 ucap dlm bahasa arab tu lg pelik nk berinna ...
gigahertz replied at 30-8-2020 07:53 PM
Kalau ikut apa i baca kat web fatwa majlis agama. Tak boleh sebenarnya sebut inalillah kat non mus ...

Zeatyisaac replied at 30-8-2020 07:56 PM
Boleh je. Menurut ustaz, ucapan itu untuk kita mengingati bahawasanya semua adalah milik Allah, dan ...
ADVERTISEMENT