Main game di tempat kerja tanpa dimarahi majikan? Malah, dibayar gaji pula? Ini bukan scam. Playstation kini mencari seorang pemain video berkelayakan untuk mengisi jawatan di syarikat mereka. Skop kerjanya hanya perlu bermain permainan video mengikut waktu pejabat iaitu bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. Masyuk, bukan?
Jangan seronok dulu. Nampak mudah skop kerjanya, tetapi ada syarat tambahan ya.
Jika anda boleh berkomunikasi lebih daripada satu bahasa selain bahasa Inggeris seperti Portugis, Rusia dan Arab, ini kelebihan untuk anda. Sekiranya anda berjaya, anda akan ditempatkan di bandar Liverpool sebagai localisation testers di mana anda dikehendaki bermain permainan video dan pada masa yang sama memastikan audio dan teks dalam permainan itu adalah betul. Oleh sebab itulah, calon harus mempunyai kemahiran bahasa Inggeris ataupun beberapa bahasa lain yang tinggi, termasuk ejaan, tatabahasa dan aspek bahasa lain. Selain itu, calon juga perlu mempunyai kemahiran pemerhatian yang sangat tinggi untuk memerhatikan mana-mana kesalahan yang berlaku di dalam permainan video. Sekiranya berminat, calon perlu memohon dan kemudian perlu menyiapkan ujian penterjemahan yang akan dihantar menerusi e-mel dan harus diselesaikan dalam masa sejam sebaik sahaja menerimanya. Sudah pasti syarikat gergasi permainan video ini akan menerima banyak borang pekerjaan di seluruh dunia walaupun perihal gaji bagi jawatan itu tidak dihebahkan lagi setakat ini. Jadi, jika anda berminat boleh klik di pautan ini. Selain dapat menjana pendapatan membuat perkara yang paling kita suka, bermain game juga dapat menghilangkan kebosanan dan boleh mengurangkan tekanan. Mungkin inilah pekerjaan yang bebas tekanan kan! - CARI Sumber: LadBible
|
JokesCop replied at 29-8-2020 01:20 PM
Game tester mcm dream job. Tapi bila tanya tester sendiri, derang depress teruk woo. Benda sama buat ...
JokesCop replied at 29-8-2020 01:20 PM
Game tester mcm dream job. Tapi bila tanya tester sendiri, derang depress teruk woo. Benda sama buat ...
ADVERTISEMENT