Jika sebelum ini seorang wanita merobohkan rumah madunya kerana cemburu, terbaru seorang wanita di Jawa Timur merobohkan rumah mereka kerana berang suaminya berlaku curang.
Lapor TribunNews, dia bertindak demikian selepas diusir dari rumah berkenaan apabila suaminya mahu bercerai selepas kantoi bermain kayu tiga. "Saya tahu mengenai kecurangan suami selepas menerima kiriman gambarnya yang bekerja di Taiwan itu dengan kekasih hati di luar negara, pada bulan lalu. "Sejak itu, hubungan kami mula dingin seperti sebelum ini.
"Selain gambar yang menjadi bukti, saya juga menerima maklumat suami rupanya sudah menjalin hubungan sulit itu, sejak tiga bulan lalu. "Saya enggan bercerai tetapi suami dan keluarganya mengusir saya serta anak keluar dari rumah" katanya seperti dipetik Harian Metro. Sakit hati diperlakukan sedemikian, wanita itu nekad merobohkan rumah yang dibina di atas tanah milik lelaki terbabit. Difahamkan, rumah itu dirobohkan atas persetujuan bersama kedua-dua pihak. "Keluarga isteri sudah memberitahu wakil penduduk untuk merobohkan rumah dan pelbagai barangan dibawa ke rumah ibu bapa kepada wanita itu. "Antara yang dibawa adalah jubin, kayu atap, pintu, tingkap dan bingkainya. Barangan di dalamnya sudah dibawa keluar seminggu yang lalu," kata Ketua Rukun Tetangga, Ngamali. - CARI |
Acikgomen replied at 28-8-2020 10:06 AM
Laki yindon menjalang kat taiwan, mcm lah geng2 betina yindon korang tak menjalang belakang laki bil ...
Acikgomen replied at 28-8-2020 10:06 AM
Laki yindon menjalang kat taiwan, mcm lah geng2 betina yindon korang tak menjalang belakang laki bil ...
jazaa100 replied at 28-8-2020 07:00 PM
Kat jeti dumai baru dia kuarkan tudung iya acik......
Hish.....teruknya yindon
ADVERTISEMENT