Beli rumah, dapat janda. Itu promosi dilakukan seorang wanita demi melariskan jualan rumahnya di Bandung. Lapor Detik News seperti dipetik Sinar Harian, Ayu Novi Astianah, 31, berbuat demikian kerana mengalami masalah kewangan selepas berpisah dengan suaminya pada Mei lalu.
Ibu tunggal dua anak bercadang menjual rumah berkenaan pada harga 250 juta Rupiah (RM70,778) dan bersedia berkahwin dengan pembelinya. "Sukar untuk menjual rumah ini, jadi saya fikir jika ada pembeli dan ada jodoh, saya sedia bernikah dengannya. "Saya mahu menjual rumah ini untuk modal perniagaan dan menyara keluarga," katanya. Enggan membuat pinjaman bank kerana bimbang akan membebankannya, Ayu bagaimanapun menebalkan muka menawarkan iklan 'beli rumah dapat seorang janda'. "Pada mulanya saya malu tetapi apa yang boleh saya lakukan saya perlu menjual rumah ini dengan cepat. Lagipun, saya bukan lakukan jenayah," jelasnya.
Iklan itu menjadi tular selepas beberapa jam ia dimuat naik di laman sosial dan Ayu akui menerima banyak tawaran. Namun, wanita itu menegaskan bahawa calon suaminya perlulah berpengetahuan agama dan memiliki akhlak baik selain dapat membimbingnya dan anak-anak berusia 12 tahun dan tiga tahun. - CARI
|
cmf_premierleag replied at 22-8-2020 04:44 PM
kalo aku jd lelaki, tak hengen aku
aku nak beli rumah je
x kuasa nk bela janda anak dua ni
glump replied at 22-8-2020 03:59 PM
Kalau kahwin Kan ada harapan janda tu tinggal terus rumah tu..lama kot dh tinggal umah tu
cmf_premierleag replied at 22-8-2020 03:44 PM
kalo aku jd lelaki, tak hengen aku
aku nak beli rumah je
x kuasa nk bela janda anak dua ni
TomyamPuteh replied at 22-8-2020 04:43 PM
Tnjk dkt trisna thread ni Kot2 beliau setuju nk bermadu dgn saudara seluluhur
Zeatyisaac replied at 22-8-2020 03:50 PM
Beli rumah, percuma janda sebagai pembantu rumah selama 6 bulan lagi okay rasanya.
zamzam replied at 22-8-2020 04:59 PM
Nampak sgt leluhur trisna jenis gelenyar.
ADVERTISEMENT