Selama lebih empat dekad mencari
pembunuh dan perogol bersiri 'Golden State Killer', penjenayah yang
ditangkap pada 24 April 2018 akhirnya diputuskan oleh mahkamah
menjalani hukuman penjara sepanjang hayat tanpa kemungkinan diberikan parol. Menurut Los Angeles Times, Joseph James DeAngelo Jr yang juga bekas
anggota polis Amerika Syarikat (AS) mengaku salah atas 13 pertuduhan membunuh dan berdozen kesalahan rogol
pada 1970-an dan 1980-an. Sebelum hukuman dijatuhkan, DeAngelo memohon maaf terhadap mangsa dalam episod kekejamannya yang menggemparkan California. Dia berdiri dengan memakai pelitup muka pada prosiding mahkamah di Sacramento ketika satu persatu butiran kekejamannya dibacakan. Bagi Hakim Michael Bowman, defendan tidak layak diberikan belas kasihan kerana kekejamannya itu. Malah, mangsa yang terselamat sudah memberikan kenyataan jelas bahawa ianya tidak boleh dimaafkan. Jadi, hukuman penjara paling maksimum yang diperuntukkan undang-undang adalah paling layak untuknya. Ini memandangkan DeAngelo mengaku bersalah bagi mengelakkan hukuman mati. Sebelum hukuman dijatuhkan, DeAngelo bangun dan memohon maaf kepada hadirindi dalam auditorium universiti yang diisytiharkan sebagai kamar mahkamah. DeAngelo, 74, diarahkan menjalani 11 hukuman penjara sepanjang hayat secara berasingan tanpa parol untuk 13 kesalahan membunuh darjah pertama. Tiga daripada kes bunuh berkenaan berlaku sebelum pindaan undang-undang pada 1979, dan hukuman itu berjalan serentak. Tertuduh yang sudah bersara dan mempunyai tiga anak perempuan dewasa dan cucu ditahan pada 2018, empat dekad selepas melakukan pembunuhan yang digelar sebagai "Golden State Killer". Dia ditahan selepas pasukan penyiasat dapat memadankan profil asid deoksiribonukleik (DNA) ditemui di tempat kejadian dan DNAnya. Ia hanya dikesan selepas seorang ahli keluarganya menggunakan pangkalan data DNA. DeAngelo dikatakan mula melakukan jenayah kejam itu pada 1975 bermula di Sacramento di tengah California sebelum ke kawasan lain. Dia dikatakan memecah masuk ke dalam rumah pada waktu malam untuk merogol wanita dan kanak-kanak serta membunuh mangsa di katil mereka. Bagaimanapun, dia secara tiba-tiba berhenti melakukan jenayah berkenaan pada 1986 selepas merogol seorang gadis berusia 18 tahun. Sepanjang tempoh berkenaan, dia yang memakai topeng ketika melakukan jenayah digelar dengan pelbagai nama termasuk East Area Rapist, Diamond-Knot Killer dan Original Nightstalker. - CARI |
Rogue98: Memang dia jahat tapi dah stop 40 tahun lalu. Kira dia dah lama taubat masa dia di tangkap. Dan dia start bunuh rape rompak tu tahun yg sama dia kahwi ...
ADVERTISEMENT