Penyanyi Farhan cemas apabila mendapati sebiji manik memasuki hidung anaknya, Orkeyd Fatheema, yang berusia 2 tahun. Bintang Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu hanya menyedari tentangnya selepas Orkeyd mengadu ada sesuatu di mulutnya.
"Selepas selesai solat Asar semalam saya sedar manik tasbih berterabur kerana kedua-dua anak saya berebut dan menariknya sehingga talinya putus. "Jadi saya pun kutip lah semua dan buang. Mereka pun main macam biasa seperti tiada apa yang berlaku. "Malam tu selepas makan, Orkeyd tunjuk ada sesuatu di gigi dia. Jadi suami pun baringkan dia untuk lihat di dalam mulut tapi kebetulan ternampak sesuatu dalam hidung dan ia adalah manik tasbih tu. "Saya terus cemas sebab ia pertama kali kejadian ni berlaku pada anak-anak saya. Saya guna pelbagai alat untuk keluarkan manik tu tapi tak berjaya kerana ia tersekat," katanya kepada Gempak. Orkeyd kemudiannya dibawa ke hospital dan doktor berjaya mengeluarkan manik tersebut. "Doktor kesan hanya ada satu biji di dalam hidungnya tetapi doktor meminta kami datang semula ke hospital jika dalam masa tujuh hari nafasnya berbau dan dia sudah tidak aktif atau ada sebarang perubahan yang berlaku. "Alhamdulilah, sekarang ni Orkeyd nampak baik-baik sahaja dan ceria seperti selalu,"tambahnya. -CARI |
tikusmontok replied at 14-8-2020 02:07 PM
agak tinggi anunya...ke iols yg silap paham..
NekNgah replied at 14-8-2020 03:02 PM
Perasan juga tapi rasanya macam kesalahan otongan baju tu.
Sebelum post gambar ni takkan tak ...
ADVERTISEMENT