CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 4 Tahun Maut, 10 Jam Tertinggal Dalam Kereta Bapa

14-8-2020 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5620| Komen: 41

Seorang kanak-kanak perempuan menemui ajal selepas tertinggal dalam kereta bapanya di tempat kerja  di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani.

Kejadian hanya disedari pada 6.20 petang ketika bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori ingin pulang ke rumah.

Harian Metro melaporkan, mangsa yang baru berusia empat tahun itu ditinggalkan dalam kenderaan hampir 10 jam dengan keadaan enjin kereta dimatikan dan tingkap tertutup.


Foto: FB
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata,

"Sebelum itu bapa mangsa berusia 30-an itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.


"Bapa mangsa terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.

"Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja."

Menurut sumber lagi, selepas bapa mangsa sampai ke tempat kerja, dia terus keluar memandu lori ke beberapa kawasan dan pulang semula pada 4.30 petang.

"Ketika ingin pulang, bapa mangsa melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.

"Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia."

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. -CARI


1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 14-8-2020 10:36 AM
Same old shytess..bitches never learn.
Quote EvieWanKenobi 14-8-2020 10:37 AM
kecuaian..
Quote kerisnaga 14-8-2020 10:54 AM
Kenapalah kes begini berlaku lagi..tak check ke seat belakang tu!
Quote bondeh 14-8-2020 10:55 AM
Kesiannya... itu pentingnya baca doa perjalanan, berselawat semasa memandu....
Quote Belibis 14-8-2020 10:59 AM
Fokus betul dia kerja.takde ingat apa2 sampai abis kja.
Quote Kurex 14-8-2020 11:06 AM
Hmmmmm sebaknya
Quote nadiaaziz56 14-8-2020 11:16 AM
Hmmm. Mesti si bapak akan rasa penyesalan seumur hidup.
Quote husna_amal 14-8-2020 11:25 AM
Takziah, dah banyak kali kes macam ni terjadi. Diharap ibubapa ambil ikhtibar, sediakan carseat untuk anak dan letakkan di bahagian depan. Sekurangnya kecuaian macam ni dapat dielakkan.
Quote renko 14-8-2020 11:37 AM
salam takziah
Quote Peterpan17 14-8-2020 11:41 AM
kerisnaga replied at 14-8-2020 10:54 AM
Kenapalah kes begini berlaku lagi..tak check ke seat belakang tu!

mak pak zaman skrg sibuk main handphone smp anak pun lupa. Cuba tanya si bapa? masa keluar kereta handphone dia ingat nak amik tak
Quote vimash 14-8-2020 11:44 AM
kesiannye... for sure mcm bende dlm fikiran die. {:childlike{:childlike
Quote Skuau 14-8-2020 11:55 AM
Peterpan17 replied at 14-8-2020 11:41 AM
mak pak zaman skrg sibuk main handphone smp anak pun lupa. Cuba tanya si bapa? masa keluar kereta  ...

itu kalo...masa drive....kasi anak pegang hp..lain kali..amik hp.. amk ank sekali.
Quote salimrock 14-8-2020 11:59 AM
takkan main henphone smpai 10 jam?

ke ada lalok benda lain?

byk plak kes cm ni


di hrap pihak pulis buat urine test kt mereka2 yg terlibat dgn kes mcm ni
Quote adila39 14-8-2020 12:23 PM
subahanallah
Quote Artemesiaa 14-8-2020 12:40 PM
Kes yang sama asyik terus berulang cakap lebih karang ramai pulak yang bangkang tapi jelas ada kecuaian disitu.  Ada ramai yang jenis bila mula berkerja habis semua pasal keluarga dilupakan bukan semua yang sentiasa ingat akan keluarga masa bekerja.
Quote jerukkedondong 14-8-2020 12:42 PM
Ingat si bapa tu nak ke semua ni terjadi..ingat dia nak ke anak dia mati..ingat si ayah nak ke berada dlm keadaan lupa..
Semoga kita semua sentiasa diberi ingatan yg kuat dan jauh dari lupa dan leka..
Al fatihah (jom baca beramai2 dn sedeqahkn utk arwah)
Quote Eliadaisy83 14-8-2020 12:48 PM
Tak tahu nak cakap apa, dah banyak kes camni sejak zaman smartfon canggih manggih ni. Apapun salam takziah utk family arwah. Syurga buatmu anak.
Quote whadda 14-8-2020 01:03 PM
kesiannye.. ntah2 rutin hantar ke rumah neneknya biasa dibuat maknye kot
Quote Cumikucingku 14-8-2020 01:11 PM
Tu la aku selalu risau kalau rutin yg aku biasa buat tetibe kena serah kat laki...

Aku akan call tanya byk kali sampai aku yg kena marah (sbb laki rasa aku xpercaya dia jg anak)... lantak la ...aku nak call jugak.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068964 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top