“Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat."
Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah memohon maaf kepada pengguna media sosial berhubung dakwaannya mengenai isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). “Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam),” katanya dipetik dari Bernama. Katanya, perkara itu sudah dibincangkan dan kabinet memutuskan bahawa orang ramai bebas menggunakan YouTube, Tik Tok untuk memuat naik kandungan tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Menurut laporan, beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios, di Iskandar Puteri, Johor, semalam. - CARI
|
“Apparently, politicians cannot be straight, when one is straight, he gets hammered,” he said.
ADVERTISEMENT