Noor Nabila Mohd Noor mengakui dia berasa lega selepas proses perceraiannya dengan Sharnaaz Ahmad yang dirasakan terlalu lama akhirnya selesai pada 9 Julai lalu. “Bukan kerana apa, tetapi kata orang tidak eloklah ketika itu sebab masih bergelar isteri orang, tetapi tidak tinggal bersama. Minta keluar tak minta izin suami dan sebagainya," katanya kepada Media Hiburan.
Kata Nabila, dalam perkahwinannya yang terdahulu dia sering meletakkan diri di belakang dan kini dia perlu mengutamakan diri terlebih dahulu. #selflove, katanya. "Kalau boleh saya mahu jadi diri yang dulu, dalam segi semangat dan keyakinan,” tegasnya. Dalam masa sama, Nabila memuji sikap bekas suaminya yang tidak pernah culas meluangkan masa bersama cahaya mata mereka, Jebat Jayden. “Saya bersyukur kerana Sharnaaz tak lupa untuk meluangkan masa tengok anak hari-hari. Saya rasa syukur kerana Jebat Jayden ada seorang bapa yang komited dan berdedikasi.
“Malah, pada masa sama saya juga memberikan kerjasama yang penuh buatnya untuk jenguk anak pada bila-bila masa, memandangkan jadual kerjanya yang tidak menentu. Saya tidak mahu anak terkurang kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak,” katanya. Nabila tidak menolak andai ada pihak mendekati, cuma perlu mengambil masa untuk saling mengenali. “Serik itu tidaklah. Saya percaya, kalau ada rezeki dan jodoh, saya memang mahu berkahwin lagi. Saya mahukan anak lagi. “Cuma buat masa sekarang, saya nak fokuskan pada diri sendiri terlbih dulu dan besarkan Jebat Jayden dengan baik," katanya. - CARI
|
KIM.K replied at 10-8-2020 11:49 AM
Bella justify status dia dgn degrading her ex
Apa kerja bella ni ya, PR jahlop ke
cikpisang: Artis ke nabila ni? Tak habis2 la cerita dia wartawan cari dok up
Normabaru replied at 10-8-2020 11:57 AM
Dulu dia yg tekel nanas.. Dia jugak yang let go nanas..
Now iklan diri nk anak gigirl plak ke?
anggeriklatifah replied at 10-8-2020 12:14 PM
Cam seraamm je la dgn si bella ni even dia ni leh tahan cantik
Yelaaa
amerald replied at 10-8-2020 12:32 PM
kawen utk dapatkan anak je
akhirnya terjawab sudah soalan yg di tunggu2..
so lepas ni kaw ...
anggeriklatifah replied at 10-8-2020 12:11 PM
One of director yang 2 kali je datang office dalam setahun bak kata jah lop
dlm channel bell& ...
anggeriklatifah replied at 10-8-2020 12:11 PM
One of director yang 2 kali je datang office dalam setahun bak kata jah lop
dlm channel bell& ...
ADVERTISEMENT