CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Belum Maafkan Nubhan Tunjal Kepala Isteri

28-7-2020 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13489| Komen: 71

Sebelum ini ramai terkejut bila video Nubhan dan isteri bergaduh tersebar.

Rupa-rupanya ia adalah prank sempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka.


Sampai sekarang dia mengakui netizen masih belum memaafkan tindakannya menunjal kepala isteri Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dalam video tersebut.

Foto: IG
"Walaupun mereka tahu itu hanya 'prank', tapi ramai yang masih tak boleh terima. Berdasarkan komen mereka, kebanyakannya marah dengan tindakan saya itu.

"Walaupun isteri saya okay dan sudah maafkan, nampak gayanya tidak bagi netizen. Mungkin sebab saya tunjal kepala walaupun saya hanya mahu menghidupkan watak dan situasi," katanya kepada Harian Metro.


'Prank' ini dirancang sempena ulang tahun kelima perkahwinan kami dan dia memang tak tahu apa-apa. Malah, ketika mengetahui itu adalah 'prank' pun dia masih terpinga-pinga. Ditambah pula saya salah tarikh yang mana sepatutnya ulang tahun perkahwinan kami pada bulan depan.



"Sebab itu sewaktu saya beritahu ia sempena ulang tahun perkahwinan dia agak 'blur'. Tapi tak mengapa sebab anggaplah saya berikan hadiah awal. Saya hadiahkan kereta Velfire ini sebab dia sudah lama impikannya dan mudah untuk kami sekeluarga.

"Saya pernah cakap belum ada duit nak beli. Jadi, itu sebabnya saya rancang buat 'prank' dengan tujuan memberikan dia hadiah ini. Kalau tengok di video penuh, dia menangis bersungguh-sungguh sebab tak percaya."


Tambahnya ia adalah kali pertama dia naik tangan sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

"Saya buat macam kereta hilang dan nak bagi dia menggelabah di kawasan parkir kereta. Tapi, dia pula tidak menunjukkan sebarang reaksi nak gaduh. Sebaliknya dia pula tenangkan saya.


"Sebab itu saya bertindak kasar dengan harapan dia akan bertindak balas. Tujuan saya hanya nak 'prank' dan video itu menjadi.

"Selepas itu, saya terus minta maaf. Memang tak ada niat pun nak tunjal. Sebelum ini tak pernah pun nak perlakukan dia seperti itu. Dia isteri yang sangat baik dan tidak ada sebab untuk saya sakitinya." -CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctamira 28-7-2020 05:02 PM
boringg...
Quote KIM.K 28-7-2020 05:08 PM
Kalau bab laki tutuh bini ni forumers tak pernah lupa
Quote tumpanglalu74 28-7-2020 05:14 PM
Dia isteri yang sangat baik dan tidak ada sebab untuk saya sakitinya." -CARI
Very good punchline.  Buadkan para istrik di luar sana melting verangan laki dorang pulak cakap sebegitu yach..

Part 'menjadi' tu betol cakap ko Nubhan oii.  Sebelom ni orang dok tengok Wawa & Aeril aje..  Rupenye dah penat korang haplod memacam ye..


Quote kaseh80 28-7-2020 05:14 PM
Next sudah sudah le tu
Quote Kurex 28-7-2020 05:15 PM
Kurex maafkan nubhan
Quote BoongaKertas 28-7-2020 05:16 PM
abe nubhan, next time buat prank tu kasi bijak sikit. doktor dah diajar utk sentiasa bertenang dlm apa jua keadaan. so jgnlah expect sheols menggelabah saat kereta hilang (hello, insurans ada kot).
Quote ashilalat 28-7-2020 05:17 PM
Oklah..kena tunjal dapat kereta vellfire dari si sugus pavitha yg kena tunjal, hilang chanel youtube
Quote sarahmirza 28-7-2020 05:21 PM
Bodoh la prank bagai ni...
Publisiti murahan...
Quote Lailerthee 28-7-2020 05:24 PM
ashilalat replied at 28-7-2020 05:17 PM
Oklah..kena tunjal dapat kereta vellfire dari si sugus pavitha yg kena tunjal, hilang chanel youtube ...

Hahahaha ni kelakar. Katanya udah kembali semula ke yt
Quote inspektoremos21 28-7-2020 06:22 PM
Muka nubhan ni mcm muka pelakon erryne eryyna entah mcm mana nak eja tapi sebutannya erin erina la. Muka plain mata kecik sepet..
Quote arm_band 28-7-2020 06:27 PM
prank korokmuuuuuuu
Quote putericahaya999 28-7-2020 06:33 PM
Sedihnyq jd bini dia
Quote doubleA 28-7-2020 06:36 PM
Lantak kome la nak tunggang terbalik pun. Dua2 attention seeker

Sendu
Quote timah03 28-7-2020 06:37 PM
Kata doc gigi.... Awat 1 gigi doc kuning tu....
Quote Sham143 28-7-2020 06:39 PM
Dia punya isteri.. Kena minta maaf dgn netizen pulak.. Bengong
Quote Donatello86 28-7-2020 06:43 PM
Cubaan up kan diri selepas sendu nan kian lama
Quote tagas 28-7-2020 06:48 PM
So bewak idop ke tak mat dagu ni

bini doktor
Quote nordin84 28-7-2020 06:51 PM
cube ko prank bini ko balik rmh ko letak van jenazah kat luar dan ko terbaring kat dlm siap berkafan..tu br la real nubehan oiiiii
Quote ninierusli 28-7-2020 07:02 PM
nordin84 replied at 28-7-2020 06:51 PM
cube ko prank bini ko balik rmh ko letak van jenazah kat luar dan ko terbaring kat dlm siap berkafan ...

Hahaahahah.. baru Dr ada perasaan cmni

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069820 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top