CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lama Tak Dapat Tawaran Berlakon, Iqram Dinzly Buat Duit Dengan Bigo Live

24-7-2020 10:18 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12616| Komen: 45|Original author: Oleh: LilRose

Iqram Dinzly tidak menafikan masih mahu berlakon selepas tidak menerima sebarang tawaran sejak beberapa tahun ini.

Ekoran itu, dia menggunakan media sosial untuk menjana pendapatan. Menurutnya, dia menerima bayaran ribuan ringgit sebulan sejak aktif di aplikasi sembang Bigo Live dua tahun lalu.



Kredit foto: IG

"Selama empat tahun setengah saya menetap di Ipoh, Perak dan buat perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan, tapi ramai juga yang tak tahu saya jana pendapatan menerusi aplikasi Bigo.

"Bulan pertama guna aplikasi itu saya dapat RM5,000 dan sekarang ini purata dalam RM2,000 sebulan. Akaun saya pernah disekat selama setahun kerana melanggar terma dan syarat ditetapkan Bigo.

"Alhamdulillah rezeki itu ada. Kalau tanya fasal lakonan, sejujurnya saya masih mahu berlakon. Tapi, rasanya sekarang ini saya lebih berminat berlakon menerusi platform media sosial seperti YouTube," katanya kepada mStar.


Dalam masa sama, Iqram meluahkan rasa syukur dipertemukan penyanyi kembar Syazara Aishah dan Hanim Fariza atau lebih dikenali sebagai AishaHanim.


Kredit foto: IG

Katanya, penyanyi duo itu banyak memberi sokongan termasuk dari segi kewangan hingga dia terpalit kontroversi kononnya ditaja mereka.

"Saya anggap mereka seperti bidadari yang berhati mulia. Saya bersyukur ketika orang pandang saya hina, mereka pula sebaliknya.



Kredit foto: IG

"Kami berjumpa semula dan mereka bantu saya dalam beberapa projek seperti jubah dan sebagainya. Mereka jadi tempat saya luahkan perasaan serta berkongsi aktiviti kehidupan," ujarnya. - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • cahayahidupku


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nura19 24-7-2020 11:03 AM
Dulu elok2 dh berlakon drama ke filem kn..klau x buat perangai betul x betul tu msti org nk amik die berlakon lg skrg ni..
Quote BicaraHatiku 24-7-2020 11:10 AM
Buat perangai pelik2 gitu sape nak offer...pakaian pulak ala2 pendeta ahli Yogi org nengok pun seram.
Quote seemylevel? 24-7-2020 11:27 AM
kalo masok tv pn spe nk tngok si tongong ni

Quote Normabaru 24-7-2020 11:34 AM
So dh tu.. Now dik qeram nk apa? Job?
Quote helicornia 24-7-2020 12:58 PM
mmg banyak ke income bigo ni?
Quote kiah_mai_pulak 24-7-2020 01:01 PM
oooooo dh tu kita nk kena mggelabah teksssss ke tak ni???
Quote airmineral 24-7-2020 02:03 PM
dia buat pelik2 kt ig pon aku da rasa ngeri
ape yg dia buat kt beego tu
Quote Nenasketum 24-7-2020 02:13 PM
Dia ni pada pandangan aku, lebih bahaya dari Covid. Kot tengah berlakon, datang isim dia, mau dia pepah orang keliling.
Quote ikanmasin 24-7-2020 03:05 PM
sendiri yg buat hal sendiri yg kecoh kan...
Quote whadda 24-7-2020 03:16 PM
ko ni macam tak sedar je benda giler yang ko buat dulu.. memang tak la orang nak amik ko berlakon

tapi seriously baru tau bigo pon ade bayar.. ingat youtube je boleh dapat duit
Quote lasagna 24-7-2020 03:19 PM
Edited by lasagna at 24-7-2020 03:23 PM

ooo slami ni kita kena tipu ke camne? so dia buat2 jd mental, so org pun kesian, trus tgk bigo live dia, semedang dia dpt duit lah gittew? ehh xpaham lah aku.. hahaaha
Quote husna_amal 24-7-2020 03:59 PM
Kesian dia ni, sendiri yang jatuhkan karier dan masa depan dengan perangai dia yang pelik2 tu. Lebih kurang macam Azwan ali lah time muda elok dah meningkat usia jadi macam badut.
Quote sismarkonah 24-7-2020 04:47 PM
Nenasketum replied at 24-7-2020 02:13 PM
Dia ni pada pandangan aku, lebih bahaya dari Covid. Kot tengah berlakon, datang isim dia, mau dia pe ...

jujur sis cakap, iollls tengah blank sesangat tadi sebab keje tak tahu nak urus cemane dah. buka porum, benda 1st aku terskroll news ni lepas tu skroll terus terbaca komen nenasketum

betapa Tuhan tu beri rasa gembira dan kelakar untuk buat aku ketawa dan terus lapang otak nk teruskan kerja lepas terkekek gelak baca komen ni. ayat hang simple tapi tetap aku terkekek mungkin berkat badi si keram ni kot

aku terus dapat idea semula dan sis nak ucap tengkiuuu sesangat
Quote MissLana 24-7-2020 05:04 PM
Dlm Bigo LIVE heolss jual apa? Food review? Service review kaaa
Quote Perawankota 24-7-2020 06:06 PM
Oklah tu, pandai gak carik duit. Dari org yg mengutuk2 dia, tapi keje pon tak
Quote eizarz 24-7-2020 06:10 PM
mamat ni dah kenapa....
Quote fadz84 24-7-2020 06:17 PM
husna_amal replied at 24-7-2020 03:59 PM
Kesian dia ni, sendiri yang jatuhkan karier dan masa depan dengan perangai dia yang pelik2 tu. Lebih ...

Dh blh buka thread artis yg buat perangai dan jatuhkan kareer yg dulu gah.. setakat ni ada 3 org, DivaAA, Iqram & Fatiya.
Quote keds 24-7-2020 08:32 PM
Huhuhu........


Quote pavlovachoc 24-7-2020 08:43 PM
Bigo boleh buat duit ke..  Baru tau

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.094086 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top