CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dia Tetap Ayah Saya - Nasihat Netizen Satukan To'ki Dan Anak-anaknya

22-7-2020 12:28 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11463| Komen: 74|Original author: Oleh: natrahn

"Alhamdulillah, berkat nasihat yang baik dan doa orang ramai, saya bertemu dengan ayah selepas empat tahun tidak berjumpa. Hubungan kami sekarang baik-baik sahaja, malah jujurnya, saya gembira hingga menitiskan air mata.


"Sememangnya setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Disebabkan kisah tular, saya dapat berjumpa ayah," demikian kata anak kepada penyanyi dan komposer terkenal era 90-an, To'ki iaitu Noor Hidayah yang terpanggil bertemu bapanya selepas membaca nasihat netizen.


Kredit foto: Berita Harian & Suara Merdeka

Memetik laporan Berita Harian, Noor Hidayah, 27, atau mesra dengan sapaan Yaya berkata, mereka bertemu pada Jumaat lalu selepas kali terakhir bertemu ayahnya kira-kira empat tahun lalu.

"Jujurnya, saya gembira. Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu," kata ibu kepada dua anak lelaki itu.


"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu ayah. Melihat ayah bahagia bersama isterinya sekarang, kami juga gembira. Isterinya baik, melayan kami seperti keluarga sendiri ketika kami ke rumahnya," katanya lagi.

Terdahulu, Yaya mendakwa kali terakhir bertemu bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika melangsungkan perkahwinan. 

Yaya mengeluarkan dakwaan selepas kisah kehidupan To'ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz, 48, yang tinggal dalam pondok di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, beberapa minggu lalu.

Untuk rekod, To'ki memiliki lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama. Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18. 

Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.

Bak kata Yaya sendiri, "Walaupun macam mana pusingnya dunia, dia tetap ayah saya. Tiada apa yang dapat mengubah hakikat itu."

Baguslah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga hubungan Yaya dan adik beradiknya yang lain dengan To'ki kembali pulih.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukekucing83 21-7-2020 05:17 PM
so anak2 die tak tau ayah die merempat duk dalam hutan la
ingat kan tu satu2 nye bini die and tade anak haha
Quote MontanaHannah 21-7-2020 05:19 PM
Memalukan dan melukakan.

Janganlah kita nak berdrama sangat.

Aku tak berkenan dengan sikap memaafkan.

Kita hendaklah  berdendam dan melepaskan dendam kita sehingga ke tulang hitam hancur!!!
Quote jerukkedondong 21-7-2020 05:30 PM
Ooo baru tahu toki 3 kali kawin...ingatkn sharifah tu isteri kedua slps Roziah...
Bagus betul hati kak Roziah..
Hati dia bersih..suci..tiada rasa dendam wlu suatu ketika dlu pernah ditinggalkn begitu je bersama anak2 yg masih kecil..
Ini kah yg dikatakan kemaafan dendam yg terindah..hahh..gitu...
Quote arm_band 21-7-2020 05:40 PM
pehtu bila paknya meraban mendadih lagi, anak2 kena serang balik. paknya tataapppp tak insop2
Quote supernaturalee 21-7-2020 07:11 PM
Cer Klu x viral
Agk2 nk ke jumpa

Kita doa yg baik2 je lh ye
Yg nk berdendam smpi tulang hitam ke kelabu asap ke
Bwk2 lh tgk cermin tu jgk ye
Kdg kita ni xsedar flaws sndiri di mn2


Quote Sazida 21-7-2020 08:04 PM
supernaturalee replied at 21-7-2020 07:11 PM
Cer Klu x viral
Agk2 nk ke jumpa


Tulaaa. Dah lama dah kot bpk dia duk pondok buruk Tu. Bila viral, dia sendiri ckp xsangka bpk dia hidup sampai mcm tu. Mesti dari dulu lagi mak kau ckp mcm gitu tp buat dek je. Dah viral gini baru la nk berbaik., ape pun baguslah.,semoga berkekalan hendaknya kasih syg tu
Quote bondeh 21-7-2020 08:15 PM
jerukkedondong replied at 21-7-2020 05:30 PM
Ooo baru tahu toki 3 kali kawin...ingatkn sharifah tu isteri kedua slps Roziah...
Bagus betul hati  ...


Sedih lagu Diva Aishah kan tuh huhu...
Quote noor2 21-7-2020 08:26 PM
Anak yg baik...salah faham biasalah. ..kita orang luar x perlulah berlebih2 mengutuk masalah apak dan Anak ni...entah2 family kita ...kita dengan mak pak kita dan adik beradik kita pun bermasalah teruk......
Quote angelofish 21-7-2020 08:26 PM
MontanaHannah replied at 21-7-2020 05:19 PM
Memalukan dan melukakan.

Janganlah kita nak berdrama sangat.

I setuju.maaf? lepastu buat balik.i dah jumpa orang macam ni.jijik
Quote sarahmirza 21-7-2020 08:31 PM
Senyum bapak2 yang sedang abaikan anak2 tak bagi nafkah... senyum la sebab kisah Tok Ki ni penguat keyakinan mereka takkan diabaikan bila dah tua mereput nanti.. anak2 tetap akan memaafkan sebab cogankata “buruk baik, dia tetap ayah kami”..

Tahniah! Semakin membiak lelaki tak guna kat Malaysia ni..,
Quote asamfish 21-7-2020 08:34 PM
sarahmirza replied at 21-7-2020 08:31 PM
Senyum bapak2 yang sedang abaikan anak2 tak bagi nafkah... senyum la sebab kisah Tok Ki ni penguat k ...

Yup.....lebar senyuman mereka

Quote asamfish 21-7-2020 08:36 PM
angelofish replied at 21-7-2020 08:26 PM
I setuju.maaf? lepastu buat balik.i dah jumpa orang macam ni.jijik

Yes.  Berlambak.  Ujung2 anak2 yang dpt gelaran anak durrrhaka...

Quote MontanaHannah 21-7-2020 08:51 PM
angelofish replied at 21-7-2020 08:26 PM
I setuju.maaf? lepastu buat balik.i dah jumpa orang macam ni.jijik

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mantapppppp
Quote sarahmirza 21-7-2020 09:31 PM
asamfish replied at 21-7-2020 08:34 PM
Yup.....lebar senyuman mereka

Menyampah je kan...
Quote grouper 21-7-2020 09:41 PM
Mmg betul semua perkara ada hikmahnya sendiri
Quote LautBiru52 21-7-2020 10:10 PM
Aku sendiri tak tau nak react macam mane kalau ade bapak macam ni. Kadang2 kita bercakap tu memang la senang. Mungkin aku akan jumpa jugak. Cuba nak maafkan. Tapi jauh di sudut hati memang tak akan lupa la sampai mati ape yg bapak kita dah buat dulu tu
Quote Xim 21-7-2020 10:16 PM
Edited by Xim at 21-7-2020 10:18 PM
supernaturalee replied at 21-7-2020 07:11 PM
Cer Klu x viral
Agk2 nk ke jumpa



X tau la....if jd kat aiols,aiols mcm x nk amek tau....mungkin perlukan banyakkkkk masa sbb mengenangkan mak nye dah byk bdikari besarkan anak2 sorg diri,ssh la aiols nk bsangka baik....
Quote Xim 21-7-2020 10:33 PM
LautBiru52 replied at 21-7-2020 10:10 PM
Aku sendiri tak tau nak react macam mane kalau ade bapak macam ni. Kadang2 kita bercakap tu memang l ...

Aiols pn gitu....sshla aiols nk bsangka baik....apepun respect anak2 dia sggp pegi jumpa jernihkn keadaan....
Quote LautBiru52 21-7-2020 11:21 PM
Xim replied at 21-7-2020 10:33 PM
Aiols pn gitu....sshla aiols nk bsangka baik....apepun respect anak2 dia sggp pegi jumpa jernihkn  ...

Tu la. Bukan senang ye nak pujuk hati terima semua. Siap boleh keluar gelak2 happy2 macam tak ada ape yang jadi. Apa pun pandai bekas isteri to'ki didik anak2

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.229248 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top