View: 10536|Reply: 74
|
'Baik Buruk Dia Tetap Ayah Kami' -Anak-Anak To'ki
[Copy link]
|
|
Edited by Xim at 21-7-2020 05:21 PM
"MAK pesan sebagai anak, saya kena cari ayah walaupun dia tidak cari kami adik-beradik," kata anak kepada penyanyi, To'ki, Noor Hidayah yang sudah menemui penyanyi itu pada Jumaat lalu dan diikuti bersama tiga beradik lain, kelmarin.
Hidayah berkata, dia bersama adik-beradik mengambil keputusan bertemu bapanya itu selepas dinasihati ibu mereka, Roziah Atan, 53 selain membaca pesanan daripada warganet di laman sosial yang mengikuti perkembangan kisah mereka.
Menurut Hidayah, pertemuan itu dianggap hikmah terbesar dalam hidupnya selepas hampir empat tahun tidak bersua muka dengan penyanyi Seni Berzaman itu.
"Baik atau buruk ayah dia tetap bapa kandung kami. Itu yang mak pesan. Disebabkan itu juga, saya dan adik-beradik lain nekad mencari dan pergi berjumpa ayah.
"Suami juga hampir setiap malam mengingatkan saya untuk bertemu ayah dengan sering memberikan kata-kata positif. Setiap hari dia pujuk cakap benda-benda yang baik dan tunjuk video Facebook ayah yang sentiasa berkongsi mengenai kami adik-beradik.
"Pada pertemuan itu, memang sedih dan masing-masing menangis. Macam drama air mata juga. Alhamdulillah, semuanya okey selepas itu," katanya.
Menurut Hidayah, dia bersama tiga beradik lain turut mengunjungi rumah baru bapanya sebelum mereka keluar makan malam bersama.
"Sebelum berjumpa, kami ada berbual di telefon. Apabila saya dan suami mahu keluar makan, kami mengajak ayah sekali pada Jumaat lalu.
"Esoknya, saya datang berjumpa ayah bersama adik-adik pula. Saya juga berkesempatan melihat rumah ayah dan kemudiannya, kami keluar makan bersama.
"Di restoran, kami berpeluang lihat ayah menyanyi secara 'live'. Jujurnya, saya gembira, terubat rindu nak tengok ayah menyanyi. Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu," katanya.
To'ki turut memuat naik gambar perjumpaan bersama anak, cucu dan menantunya di laman Facebook. Bagaimanapun, anak sulungnya, tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain pada saat terakhir.
Perjumpaan itu turut disertai anak perempuan To'ki menerusi hasil perkahwinan kedua iaitu Nur Nilam Qaseh, 13.
Terdahulu, Yaya mendakwa kali terakhir bertemu bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika melangsungkan perkahwinan. Yaya mengeluarkan dakwaan selepas kisah kehidupan To'ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz, 48, yang tinggal dalam pondok di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, beberapa minggu lalu.
To'ki memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama. Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18. Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2020/07/601986/baik-buruk-dia-tetap-ayah-kami
Alhamdulillah...buang yg keruh amek yg jernih.... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so anak2 die tak tau ayah die merempat duk dalam hutan la
ingat kan tu satu2 nye bini die and tade anak haha |
|
|
|
|
|
|
|
Memalukan dan melukakan.
Janganlah kita nak berdrama sangat.
Aku tak berkenan dengan sikap memaafkan.
Kita hendaklah berdendam dan melepaskan dendam kita sehingga ke tulang hitam hancur!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo baru tahu toki 3 kali kawin...ingatkn sharifah tu isteri kedua slps Roziah...
Bagus betul hati kak Roziah..
Hati dia bersih..suci..tiada rasa dendam wlu suatu ketika dlu pernah ditinggalkn begitu je bersama anak2 yg masih kecil..
Ini kah yg dikatakan kemaafan dendam yg terindah..hahh..gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
pehtu bila paknya meraban mendadih lagi, anak2 kena serang balik. paknya tataapppp tak insop2 |
|
|
|
|
|
|
|
Cer Klu x viral
Agk2 nk ke jumpa
Kita doa yg baik2 je lh ye
Yg nk berdendam smpi tulang hitam ke kelabu asap ke
Bwk2 lh tgk cermin tu jgk ye
Kdg kita ni xsedar flaws sndiri di mn2
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 21-7-2020 07:11 PM
Cer Klu x viral
Agk2 nk ke jumpa
Tulaaa. Dah lama dah kot bpk dia duk pondok buruk Tu. Bila viral, dia sendiri ckp xsangka bpk dia hidup sampai mcm tu. Mesti dari dulu lagi mak kau ckp mcm gitu tp buat dek je. Dah viral gini baru la nk berbaik., ape pun baguslah.,semoga berkekalan hendaknya kasih syg tu |
|
|
|
|
|
|
|
jerukkedondong replied at 21-7-2020 05:30 PM
Ooo baru tahu toki 3 kali kawin...ingatkn sharifah tu isteri kedua slps Roziah...
Bagus betul hati ...
Sedih lagu Diva Aishah kan tuh huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak yg baik...salah faham biasalah. ..kita orang luar x perlulah berlebih2 mengutuk masalah apak dan Anak ni...entah2 family kita ...kita dengan mak pak kita dan adik beradik kita pun bermasalah teruk...... |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 21-7-2020 05:19 PM
Memalukan dan melukakan.
Janganlah kita nak berdrama sangat.
I setuju.maaf? lepastu buat balik.i dah jumpa orang macam ni.jijik |
|
|
|
|
|
|
|
Senyum bapak2 yang sedang abaikan anak2 tak bagi nafkah... senyum la sebab kisah Tok Ki ni penguat keyakinan mereka takkan diabaikan bila dah tua mereput nanti.. anak2 tetap akan memaafkan sebab cogankata “buruk baik, dia tetap ayah kami”..
Tahniah! Semakin membiak lelaki tak guna kat Malaysia ni.., |
|
|
|
|
|
|
|
Yup.....lebar senyuman mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
Yes. Berlambak. Ujung2 anak2 yang dpt gelaran anak durrrhaka...
|
|
|
|
|
|
|
|
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mantapppppp
|
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 21-7-2020 08:34 PM
Yup.....lebar senyuman mereka
Menyampah je kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul semua perkara ada hikmahnya sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sendiri tak tau nak react macam mane kalau ade bapak macam ni. Kadang2 kita bercakap tu memang la senang. Mungkin aku akan jumpa jugak. Cuba nak maafkan. Tapi jauh di sudut hati memang tak akan lupa la sampai mati ape yg bapak kita dah buat dulu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-7-2020 10:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Xim at 21-7-2020 10:18 PM
supernaturalee replied at 21-7-2020 07:11 PM
Cer Klu x viral
Agk2 nk ke jumpa
X tau la....if jd kat aiols,aiols mcm x nk amek tau....mungkin perlukan banyakkkkk masa sbb mengenangkan mak nye dah byk bdikari besarkan anak2 sorg diri,ssh la aiols nk bsangka baik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-7-2020 10:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
LautBiru52 replied at 21-7-2020 10:10 PM
Aku sendiri tak tau nak react macam mane kalau ade bapak macam ni. Kadang2 kita bercakap tu memang l ...
Aiols pn gitu....sshla aiols nk bsangka baik....apepun respect anak2 dia sggp pegi jumpa jernihkn keadaan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Xim replied at 21-7-2020 10:33 PM
Aiols pn gitu....sshla aiols nk bsangka baik....apepun respect anak2 dia sggp pegi jumpa jernihkn ...
Tu la. Bukan senang ye nak pujuk hati terima semua. Siap boleh keluar gelak2 happy2 macam tak ada ape yang jadi. Apa pun pandai bekas isteri to'ki didik anak2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|