Lelaki tergamak membelasah isterinya hanya kerana ikan masin yang digoreng lambat masak. RJ, 23, yang juga bekerja sebagai penyelenggara penyaman udara di Cengkareng, Jakarta Barat dikatakan tidak mengendahkan jeritan kesakitan mangsa dikenali sebagai FK, 36.
Suspek dilaporkan mendorong, menarik rambut, mencekik dan menghempas tubuh isterinya hingga mengalami luka dan labam di tubuhnya. Ketua Polis Daerah Cengkareng, Komisioner Khoiri pada Isnin berkata, ketika kejadian pada Sabtu lalu itu, lelaki terbabit meminta isterinya menggorengkan ikan masin. Namun, suspek yang tidak sabar terus memukul mangsa ketika ikan yang sedang digoreng lambat masak. Mangsa kemudian nekad merakam tindakan suaminya yang baran, membuatkan suspek semakin berang dan bertindak di luar kawalan. - CARI
|
Gomea replied at 21-7-2020 09:20 AM
Indon ni suka makan ikan masin ka? Dulu kes poen bau ikan masin.
ADVERTISEMENT