CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa Beranak Di Tepi Jalan

20-7-2020 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2915| Komen: 13

Seorang wanita yang sarat mengandung terpaksa melahirkan anak berhampiran pejabat pegawai daerah di barat Bengal di Durgapur.

Gulf News melaporkan, wanita tersebut dilarang daripada mendapatkan rawatan lanjut di hospital berkenaan.


Puja Shaw datang ke hospital tersebut bersama ibunya, Titha Goswami.

Walaupun merayu namun pihak hospital menafikan permintaannya itu.

Gambar Hiasan
"Anak perempuan saya berada dalam keadaan kesakitan untuk melahirkan anak namun pihak hospital tidak mahu memberikan rawatan sewajarnya," katanya kepada Asian News International (ANI).

Menurutnya doktor yang mengetahui tentang juga tidak membantu apa-apa.


Tidak berapa lama selepas itu, Puja Shaw melahirkan anak di tepi jalan kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Majistret Daerah Durgapur, Anirban Koley yang mendapat tahu kejadian itu membawa ibu dan bayinya untuk mendapatkan rawatan lanjut. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 20-7-2020 03:29 PM
Bukan kejadian pertama pun disana dah banyak kali kes yang sama berulang2
Quote zarulnazmi 20-7-2020 03:36 PM
Letak kepala gajah dalam muzik video, semua india mengamuk.
Quote Xim 20-7-2020 03:38 PM
Sian plak....nk kate x brperikemanusiaan,kalau tlg jd bidan terjun,pape jadi,sape nk tanggung....kalau dah xde duit nk wat camne....siapa nk byr
Quote Sazida 20-7-2020 09:45 PM
Aku kesian tgk org india ni. Seriuss miskin terukk., diskriminasi kt mana2 je. Lagi2 kalau kasta paling bawah. Mmg jd kuli batak sampai mati.
Quote slavehunter 20-7-2020 09:50 PM
Kalau jadi lembu kat India lagi untung daripada manusia. Apsal Dr taknak terima kalau nak beranak kat Hospital Gov pun bukan Dr yang bayar.
Quote Scheherazade 21-7-2020 12:03 AM
Kesiannya. Boleh pulak hospital tolak pesakit mcm ni.
Quote NekNgah 21-7-2020 10:35 AM
Tak ada ke bidan kampung yang boleh tolong bila hospital tolak?  Kenapa pula hospital tak mahu terima?  Sebab dia miskin hina ke?

Doktor kalau tak ada hati & perasaan, jangan jadi doktor.
Quote chinta89 21-7-2020 11:10 AM
nk tau knpe patient x diterima.....
Quote ikanmasin 21-7-2020 11:30 AM
kesiannya..tp kenapa hospital tolak pl..
Quote loladaily 21-7-2020 11:35 AM
Ya Allah kesiannya tapi dekat India hospital pun ikut  kasta
Quote husna_amal 21-7-2020 11:41 AM
Kesiannya, apa lah sebab dia dilayan macam tu sekali.
Quote Meiizu 21-7-2020 11:44 AM
takde duit byr register..masuk pun tak boleh la tu
Quote minguk 21-7-2020 01:39 PM
dah kenapa rakyat sendiri tak dapat nak guna hospital? tak ada IC kah?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.216818 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top