Ada yang tak senang dengan hubungan percintaan antara Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi. Kata Nonny aktor itu banyak membantunya dalam melalui fasa sukar dalam hidup.
"Saya sedar ada pihak yang tak suka dengan hubungan kami. Banyak tawaran berlakon saya tolak tapi Niezam yang beri kata-kata semangat. Saya bangkit semula dan dia ada di sebelah saya, melengkapi satu sama lain," katanya kepada mStar Online. Baru-baru ini Nonny ditegur oleh segelintir netizen apabila memuat naik video menunggang motosikal bersama Niezam.
|
ADVERTISEMENT