"Bayar sekali guna gambar orang berkali-kali. Senang hidup. Ambil kesempatan," Tak habis-habis isu selebriti dengan peniaga dalam talian. Setelah beberapa artis meluahkan rasa kecewa dan rimas dengan permintaan peniaga online yang mendesak, sekali gus tidak menghormati ruang peribadi mereka, kali ini penyampai radio, Feeya Iskandar pula meluahkan rasa.
Menurut Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah, masalahnya agak berbeza iaitu dia pernah membuat ulasan mengenai produk penegang payudara dengan syarat ianya dipakai sekali sahaja. Bagaimanapun, peniaga tersebut mengulang kembali gambar tersebut di media sosial tanpa sebarang bayaran tambahan. Hal ini membuatkan Feeya meradang dengan peniaga atas talian itu. Terdahulu, beberapa selebriti turut mengalami situasi sama antaranya Azhan Rani, Uqasha Senrose, Adibah Noor dan Khai. Masing-masing meluahkan di media sosial mengenai masalah ini dan ada yang menerima permohonan maaf daripada peniaga terbabit. Memang susah untuk mengekang peniaga online daripada menggunakan gambar selebriti berulang kali kerana ia diibaratkan peluang yang sangat berharga. Bagaimanapun, berniaga perlulah ada etika. Artis pun cari makan juga. - CARI |
Kurex: lainnya muka cik piah.. sebab product urban kosmetik ke atau filter? ke salah mata kurex yg penuh pesona ni?nasib baik dia tak kawen dgn mamat sepah k ...
nazzse replied at 16-7-2020 10:52 AM
Kan.. Bukan bulat ke muka dia ni? Iols tak suka dia, kepoh & suka bebel masa on air..
Kurex replied at 16-7-2020 10:35 AM
lainnya muka cik piah.. sebab product urban kosmetik ke atau filter? ke salah mata kurex yg penuh pe ...
rosasen replied at 16-7-2020 03:14 AM
dia ni ke cik piah pot pet pot pet tu? iols pn x suka kepoh semacam...
Kurex replied at 16-7-2020 10:35 AM
lainnya muka cik piah.. sebab product urban kosmetik ke atau filter? ke salah mata kurex yg penuh pe ...
Kurex replied at 16-7-2020 10:35 AM
lainnya muka cik piah.. sebab product urban kosmetik ke atau filter? ke salah mata kurex yg penuh pe ...
ADVERTISEMENT