CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shima Terkilan Youtuber Guna Lagunya Kaut Untung Tapi Dia Tak Dapat Apa-apa

10-7-2020 10:24 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13422| Komen: 40|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Cerita kehidupan saya di YouTube ditonton ratus ribu, tapi saya tak dapat apa-apa pun."

Itu luahan penyanyi Shima berkenaan kisahnya yang dijadikan bahan pelaris untuk menarik peminat di YouTube. Video nyanyiannya, ketika menyertai pertandingan dan sebagainya dimuat naik di banyak saluran YouTube. Menurut Shima, dia berasa ralat apabila ada pihak tertentu membuat duit dengan menggunakan namanya. 

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 51, bercerita kepada Harian Metro bahawa dia tidak mendapat manfaat dari penyiaran kembali video tersebut kecuali ada seorang Youtuber yang telah menyumbang wang kepadanya.


"Dalam ramai-ramai, ada seorang YouTuber yang baik hati menyumbang wang sebanyak RM300 kepada saya dan saya amat berterima kasih."


Tidak mahu perkara ini berlarutan, penyanyi lagu Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki ini akhirnya mewujudkan saluran YouTube sendiri iaitu Shima Official yang dilancarkan pada 3 Julai lalu. Ianya dimaklumkan di Facebook dan mendapat sambutan daripada para peminatnya.


Kredit foto : FB

Bagi Shima, dia tidak meletakkan harapan tinggi pada saluran Youtubenya, cuma ia dibuat sebagai bahan sejarah perjalanan seninya yang bermula daripada Shima & The Boys sehinggalah bergelar penyanyi solo.

"Saya tak terlalu meletakkan harapan untuk menarik golongan peminat muda berbanding artis generasi sekarang. Jika rasa berminat nak tahu sejarah saya, silalah langgan (saluran) YouTube ini."


Kredit foto : Youtube

Terdahulu, kisah kehidupan Shima menjadi tular akibat menderita sakit saraf serta sakit belakang mengakibatkan dia tidak dapat bergerak cergas dan bekerja.


Selain itu, dia juga mengalami sakit lemah pundi kencing dan perlu menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah itu.


Terbaharu, Shima dikategorikan sebagai golongan asnaf oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Julai tahun lalu.


"Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang belum ada lagi sebarang tawaran menyanyi. Saya masih lagi menjalani rawatan untuk sakit seperti biasa. Syukurlah kerana ada bantuan daripada LZS."


Kredit foto : FB

Jadi, bagi yang pernah membesar bersama lagu Teringin, Setelah Aku Kau Miliki dan lain-lain harus menyokong Shima ya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-7-2020 10:27 AM
Pandai mekap dah... Bagus2
Quote Orix 10-7-2020 10:29 AM
Tbh, x sangka sheols end up mcm ni. Pengajaran buat yg lain, sila la amek insurans medical waktu tgah senang. Bila duit kita savings habis dekat rawatan penyakit, kerja pn xleh buat bila sakit, tempat bergantung harap pn xde, apa lah daya......... harap kak shima dapat la buat duit dr utube mcm budak kecik beli vellfire tu
Quote budaktua 10-7-2020 10:32 AM
buat la apa yg patut...

usaha sendiri..tabahkan hati....


Quote NonaNaga 10-7-2020 10:32 AM
Bagus Youtuber yg sumbangkan duit pada dia tu.....semoga semua org murah rezeki
Quote nazzse 10-7-2020 10:47 AM
Nama dia tu ada kaitan dgn mana2 kerabat ke?
Quote putericahaya999 10-7-2020 10:50 AM
Huhuhuhu ada org nk subscribe ke
Quote mat_arof 10-7-2020 10:50 AM
ok tu...bagus shima buat channel sendiri

Quote anak_bunian 10-7-2020 11:56 AM
mat_arof replied at 10-7-2020 09:50 AM
ok tu...bagus shima buat channel sendiri

mat arof.... bila GV7 start? dah ada peserta2 blom??? sila update dlm thread GV7 yeeeee
Quote mizruncing 10-7-2020 11:57 AM
ntah laa meols ni klu duit byk segebuk lama dh beli rumah banyak2. lagi2 cash plak berkepuk. pas tu mmg simpan je utk hari tua tanak usik. dpt lebih lagi baru la pikir beli dream car ke ape. tak phm dgn retis yg duit byk tp semata2 show off n membazir je
Quote Boomibulat 10-7-2020 12:06 PM
Lagu bukan hak milik Shima..hak milik sykt rakaman kecuali lagu2 ciptaan Shima sendiri..
Quote Asdira 10-7-2020 12:08 PM
Gmbr baru atau lama tu? Cantik mekap..
Quote naina 10-7-2020 12:29 PM
sapa sangka kan life dia dulu masyhur akhirnya diusia 50 an tersenarai penerima zakat. maybe artis dulu2 tak celik insuran dan saving kot..skang je mcm ada. klu retis skng xambik memang bodoh.
Quote maxim 10-7-2020 12:32 PM
putericahaya999 replied at 10-7-2020 10:50 AM
Huhuhuhu ada org nk subscribe ke

https://www.youtube.com/channel/UCWyX9q_sJfcZrv9mTPX3HaQ

dah 2ribu lebih.. tp rupa2nya shima lain
Quote mat_arof 10-7-2020 12:42 PM
anak_bunian replied at 10-7-2020 11:56 AM
mat arof.... bila GV7 start? dah ada peserta2 blom??? sila update dlm thread GV7 yeeeee

senarai nama peserta GV7...
jeng jeng jeng...

ok...nanti saya singgah thread GV7..
Quote mat_arof 10-7-2020 12:43 PM
Boomibulat replied at 10-7-2020 12:06 PM
Lagu bukan hak milik Shima..hak milik sykt rakaman kecuali lagu2 ciptaan Shima sendiri..

tapi ada juga lah royalti sikit untuk penyanyi...
Quote mat_arof 10-7-2020 12:43 PM
maxim replied at 10-7-2020 12:32 PM
https://www.youtube.com/channel/UCWyX9q_sJfcZrv9mTPX3HaQ

dah 2ribu lebih.. tp rupa2nya shima la ...

shima mana pula ni...


Quote LadyCarefree 10-7-2020 12:55 PM
Orix replied at 10-7-2020 09:29 AM
Tbh, x sangka sheols end up mcm ni. Pengajaran buat yg lain, sila la amek insurans medical waktu tga ...

Betul. Medical card sangat2 penting. Also penting bila ada duit pandai menyimpan atau melabur dengan bijak.
Quote addamnor 10-7-2020 03:28 PM
Boomibulat replied at 10-7-2020 12:06 PM
Lagu bukan hak milik Shima..hak milik sykt rakaman kecuali lagu2 ciptaan Shima sendiri..

Bukan lagu hak milik komposer & penulis lirik? Penyanyi cuma berhak kepada lagu yang dinyanyikan  oleh dia sahaja, bergantung kepada bagaimana kontrak dgn syarikat rakaman.
Quote Boomibulat 10-7-2020 03:32 PM
addamnor replied at 10-7-2020 03:28 PM
Bukan lagu hak milik komposer & penulis lirik? Penyanyi cuma berhak kepada lagu yang dinyanyikan   ...

Saya pun x tau..saya agak2 mcm tu lah..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.055853 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top