CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Anggap Macam Adik, A.Aida Harap Mas Khan Insaf

9-7-2020 11:32 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 21172| Komen: 76|Original author: Oleh: LilRose

"Saya harap ini menjadi pengajaran kepada Mas Khan yang sebelum ini saya pernah anggap sebagai adik saya sendiri."


Kredit foto: IG

Kata-kata itu ditujukan penerbit dan pelakon Datuk A.Aida kepada Mas Khan supaya mengambil iktibar di atas tindakan mahkamah yang dikenakan terhadapnya.

"Saya juga berharap ia menjadi pengajaran kepada semua orang bahawa negara kita mempunyai undang-undang. 

"Sesiapa sahaja yang berbuat perkara yang menyalahi undang-undang negara pasti akan menerima hukuman, cepat ataupun lambat," katanya kepada Gempak.

A.Aida bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak menyimpan dendam terhadap aktor itu dan berharap dia insaf.


Kredit foto: IG


“Sebagai orang Islam, saya tidak sesekali berdendam tetapi dalam masa sama, saya berharap beliau insaf kerana masih muda dan punya masa depan yang panjang.

"Dan insyaAllah, tidak ada masalah untuk saya mengambil beliau bekerja di bawah produksi A. Aida Production selepas ini.

"(Namun), atas nasihat peguam, saya akan teruskan dengan saman sivil terhadap beliau selepas ini. Ia akan dibuat melalui peguam yang telahpun saya lantik iaitu Zulkifli Yong Azmi & Co untuk menuntut keseluruhan jumlah yang dicuri dan juga ganti rugi teladan faedah serta kos tindakan di mahkamah,"tegasnya.

Mas Khan sebelum ini dikenakan denda sebanyak RM17,000 selepas mengaku bersalah mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 milik A Aida.


Kredit foto: IG

Jika tidak menjelaskan denda tersebut, dia akan dipenjara selama 26 bulan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 9-7-2020 11:38 AM
Baiknya A.Aida..
Quote Themilo 9-7-2020 11:44 AM
ye ke anggap sebagai adik?

@Kurex tak nak adik?
Quote Noraniza_Iblis 9-7-2020 11:44 AM
adikkkkk sgtttttt...

Quote Em7 9-7-2020 11:47 AM
Adik?? Lebih kurang baya anak ko je a aida oi
Quote sharlenetexas 9-7-2020 11:52 AM
Nampak murahan pulak apm senang2 beri pangkat tinggi. Anggota sebenar ambil masa bertahun2, berbelas tahun nak naik pangkat.
Quote Kurex 9-7-2020 11:54 AM
Themilo replied at 9-7-2020 11:44 AM
ye ke anggap sebagai adik?

@Kurex tak nak adik?

Iols nak adik lambung... Taknak adik angkat
Quote hannan_rayyan 9-7-2020 12:04 PM
mamat ni yg skrg dgn Diana adik banglongnotelo kan, npk merata dlm igs
Quote Normabaru 9-7-2020 12:37 PM
Adek ke hanak hekan?
Quote papazola90 9-7-2020 12:42 PM
anak mak ni, ahhahahahaha, ehem
Quote Orix 9-7-2020 12:44 PM
jejanz skrg mmg badan je sado ekh. otak sado pandai cari duit payah betul nk cari, kalau ada pun scam
Quote EvieWanKenobi 9-7-2020 12:46 PM
awat muka sis pelik tang jawline?
Quote bedahmenjuyah 9-7-2020 12:55 PM
Oh dia ke yg curi. Ingatkan ex laki
Quote husna_amal 9-7-2020 02:15 PM
Tapi kripto coin tu dapat balik amount asal tak? Kenapa lah baik sangat siap bagi peluang lagi....
Quote crazybeach 9-7-2020 02:18 PM
nampak gayah sangat gambar posing dalam lif tu
Quote orkidorkido 9-7-2020 02:43 PM
Wallet mata wang kripto tu hape? Hari tu kata exhusband dia yang muda tu curi duit transfer dari maybank online masa dia pergi holiday di Egypt .. apa cerita? Ramai budak-budak muda mencuri dari dia nampaknya
Quote Xim 9-7-2020 02:55 PM
Okla tu...kebas 213k....bayau denda 17k sajok....
Quote afie_m 9-7-2020 03:02 PM
kalau macam ni duit yang di curi tak dapat balik ke..hanya bayar denda ja ke...
Quote annamann 9-7-2020 05:15 PM
afie_m replied at 9-7-2020 03:02 PM
kalau macam ni duit yang di curi tak dapat balik ke..hanya bayar denda ja ke...

kan dia ada bgtau,pasni dia akan buat saman sivil..tuntut nilai penuh benda yg dicuri tu dgn kos teladan apa ntah lg..mana la si mas khan tu nk korek duit ratusan ribu tu
Quote silampumeja 9-7-2020 06:43 PM
sharlenetexas replied at 9-7-2020 03:52 AM
Nampak murahan pulak apm senang2 beri pangkat tinggi. Anggota sebenar ambil masa bertahun2, berbelas ...

Bomba sndiri cakap APM ni memang gile glamor. Service pun msti fokus yg viral2, popular2.. yg hadap wrtawan pun diorang. Sdgkan sblumnya bomba buat... Ni banyak jgak artis join dan berpnhkat APM kam

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.094620 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top