CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Saya Bangga Dengan Belia Seperti Awak - Jiwa Kental Gadis Kurier Dipuji Warganet

8-7-2020 11:27 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6622| Komen: 30|Original author: Oleh: natrahn


"Saya bangga dengan belia seperti awak"

Ini reaksi seorang pelanggan syarikat kurier J&T apabila melihat seorang gadis yang merupakan staf syarikat berkenaan sedang bertugas seorang diri.

Ternyata, beliau berasa bangga dan kagum dengan kegigihan gadis muda berkenaan yang bertugas memandu lori dan menghantar barang kepada pelanggan.

Perkhidmatan sebegini lazimnya didominasi kaum Adam kerana skop kerja yang agak berat dan kasar; mengangkut kotak dan bungkusan pelanggan yang banyak dan mempunyai pelbagai berat.





Kredit Foto - Twitter Si Merah

Kegigihan gadis ini yang dilihat tidak memilih kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mendapat pujian daripada segelintir pengguna Twitter serta diulangkicau 1,500 kali dan disukai lebih 2,000 kali.




Kredit Foto - Twitter Si Merah

Rezeki dan jalan hidup setiap insan adalah berlainan liku-likunya. Yang penting, kita tetap terus kuat untuk mengharunginya.

Steady dik. Ini semua pengalaman manis yang bakal diceritakan kepada anak cucu nanti.  - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 8-7-2020 11:32 AM
Kawasan aku ramai je ninjavan pompuan buat kja..gigih smpai tgh malam...malu aku kaum adam yg tengok ni..
Quote sarah82 8-7-2020 11:35 AM
Lorrr.. Ramai je runner perempuan antar barang..
Quote sally03tomato 8-7-2020 11:42 AM
hopefully jumpa jodoh yg baik.. bukan  biawak.. biawak suka perempuan rajin x memilih kerja ni
Quote missus_meow 8-7-2020 11:54 AM
bagus dik, tak pilih keje, asal halal
Quote dekmieDandy 8-7-2020 12:01 PM
sarah82 replied at 8-7-2020 03:35 AM
Lorrr.. Ramai je runner perempuan antar barang..

tapi tak ramai yang boleh bawak lori camni rasanya

ni first time iolls tengok walaupun kat rumah tu sehari 4-5 barang sampai
Quote sarah82 8-7-2020 12:12 PM
dekmieDandy replied at 8-7-2020 12:01 PM
tapi tak ramai yang boleh bawak lori camni rasanya

ni first time iolls tengok walaupun kat ruma ...

Lori mcm ni kena ada lesen GDL ka apa entah..betul bab lori mmg payah nampak perempuan bawak
Quote Skuau 8-7-2020 12:18 PM
dekmieDandy replied at 8-7-2020 12:01 PM
tapi tak ramai yang boleh bawak lori camni rasanya

ni first time iolls tengok walaupun kat ruma ...

lori ni kecik jer....yg bawa bas besar gedabak pon ada.
Quote chinta89 8-7-2020 12:24 PM
kdg geram ngn lelaki2 yg masih muda tp duk rmh mentua lps tu masuk suratkhabar kata hidup susah.

kije buat anak boleh plk...

malu la sikit, perempuan pun blh wat kije mcm ni. parcel pun bukan semua ringan2 tau. ko kudrat lelaki buat ape ternak sperma je kat rmh?
Quote Kurex 8-7-2020 12:51 PM
Soooooo??????
Quote Kurex 8-7-2020 12:52 PM
sarah82 replied at 8-7-2020 12:12 PM
Lori mcm ni kena ada lesen GDL ka apa entah..betul bab lori mmg payah nampak perempuan bawak

Biasa je kan..selalu je tgk acik2 akak2 memandu bas... Kosseerrr kan.. ada jadi rider lagi
Quote merrissa 8-7-2020 01:04 PM
matbad replied at 8-7-2020 11:32 AM
Kawasan aku ramai je ninjavan pompuan buat kja..gigih smpai tgh malam...malu aku kaum adam yg tengok ...

sama dhl kawasan aku pun perempuan juga...tp dia bawa kete bukan lori
suka call dulu sebelum nak anta barang...


kire akak ni kental la juga, sb kalau bawa lori, barang2 dia mesti besar2 n berat2...



Quote sarah82 8-7-2020 01:15 PM
Kurex replied at 8-7-2020 12:52 PM
Biasa je kan..selalu je tgk acik2 akak2 memandu bas... Kosseerrr kan.. ada jadi rider lagi

Hahah.. Bawa van sekolah.. Dulu aku sekolah naik van makcik van.. Dia bawa.. Rempit
Quote RatuDunia94 8-7-2020 01:19 PM
Zmn skrg dh xde istilah laki ke perempuan buat kerja itu ini.. kalau lelaki boleh jd pak andam.. tulang masak.. jahit baju.. kenapa nk pelik nampak perempuan buat kerja2 berat.. its all in our mind sama ada nak buat atau tak.. kalau x kerja xde la duit..
Quote Artemesiaa 8-7-2020 01:20 PM
Sekarang makin ramai golongan wanita ceburi bidang yang dahulunya sinonim dengan kaun adam
Quote haryatie 8-7-2020 02:07 PM
ada sekali aku nmpak prempuan jugak
bwak tank lorry  minyak petron tu
comel je org nya
aku ni bawak basikal pun x reti
Quote husna_amal 8-7-2020 02:41 PM
Yang malu nya lelaki yang pemalas dan nak kerja mudah je. Tak sanggup buat kerja berat dan susah macam ni.
Quote NekNgah 8-7-2020 07:29 PM
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Quote Lagubestbest 8-7-2020 09:13 PM
Edited by Lagubestbest at 8-7-2020 09:18 PM

Mengikut worldview 'bitter truth' saya la. Yang langsung tak memilih kerja ni biasanya akan kekal gaji rendah sebab diorang berusaha bukan pada tempat yang betul plus produktiviti kerja pun mesti average je ni, kecuali kalau diorang somehow dapat naik pangkat atau pandai masak resume bagi nampak pengalaman tu berguna untuk jawatan lain di company lain. Pujian dapat la, tapi time nak buat loan kereta ke contohnya pujian2 tu semua tak bernilai satu sen pun.
Quote lattehazelnut 9-7-2020 05:45 PM
Lagubestbest replied at 8-7-2020 09:13 PM
Mengikut worldview 'bitter truth' saya la. Yang langsung tak memilih kerja ni biasanya akan kekal ga ...

Zaman pkp ni terbalik.. yang memilih kerja sangat ni kekal jobless or cuti tanpa gaji..
Contoh pilot ke apa..
Ofismate i jual roti je time pkp, income masyuk terus berenti kje, gaji sebulan mcm 4k-5k..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.172295 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top