CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Panggil 'Papa', Jaclyn Victor Tak Sangka Hati Akan Terbuka Lagi Lepas Bercerai

7-7-2020 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16596| Komen: 65

Kredit foto: IG Jac


Jaclyn Victor tidak menyangka hatinya akan terbuka untuk seorang jejaka berstatus duda selepas mengumumkan perceraiannya dengan Shawn Rivera pada Januari lalu.

“Saya tak pernah jangka akan bertemu lagi dengan lelaki yang dapat menerima status saya sebagai ibu tunggal beranak dua, namun apa yang saya dapat katakan ialah kini saya dah bertemu seseorang.

“Saya gembira, dia memang seorang lelaki yang baik," katanya kepada mStar.

Jaclyn, 42, yang kini sedang mengenali hati budi 'teman barunya' itu berkata dia seorang lelaki yang pandai mengambil hati anak-anak. Siap panggil papa lagi!


Kredit foto: mStar


“Biarlah saya simpan dulu siapa orangnya, apa yang pasti dia bukan daripada industri hiburan. Malah, yang lebih menarik tentang jejaka terbabit ialah dia tidak mengenali diri saya sebagai seorang penyanyi pada awal perkenalan kami.

“Walaupun dia seorang bapa tunggal yang sibuk dengan kerjaya, dia akan sentiasa meluangkan masa hampir saban hari dengan anak-anak saya. Kalau mereka boleh bertutur dengan baik, membaca dan melukis, semuanya kerana usaha jejaka ini, ” tambah Jaclyn.

Hasil perkahwinannya dengan vokalis kumpulan R&B antarabangsa AZ Yet sebelum ini, Jaclun dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3. - CARI


1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pavlovachoc 7-7-2020 01:48 PM
Org malaysia ke
Quote Hoola 7-7-2020 01:50 PM
Edited by Hoola at 7-7-2020 01:51 PM

Ok la tu! Tumpang heppi! Ahkak hoola juga yg dh 7thn mnjanda tkdak sapa masuk minta..kihkihkihkhhhhhhh
Quote jaja8 7-7-2020 02:04 PM
tahniah..dapat papa baru
Quote becir 7-7-2020 02:05 PM
Good for u Jac. Semoga yg ni penuh kasih sayang..
Quote harisbee 7-7-2020 02:06 PM
Mantap..laris jac...bila nsk buat single2 power ballad lg
Quote buragazz 7-7-2020 02:09 PM
Sayang dia ni tak berapa diketengahkan sebab vokal dia memang mantap...
Quote lasagna 7-7-2020 02:11 PM
waaaaaa happy for her.. bgus lah dah ada pengganti.
tapi awt lah org tu tak kenal Jac? msti bkn org Msia agaknya tu.
Quote kechikchomel 7-7-2020 02:11 PM
iolss tengok muka ex laki dia ni teringat Mo Salah.
sebab rambut kot
Quote Skuau 7-7-2020 02:35 PM
buragazz replied at 7-7-2020 02:09 PM
Sayang dia ni tak berapa diketengahkan sebab vokal dia memang mantap...

musim 'retis bbnu' la ni...
Quote husna_amal 7-7-2020 02:35 PM
Untuk kebaikan jac dan anak baguslah.
Quote puanbintang 7-7-2020 02:37 PM
tumpang happy untuk Jac..senangnya cari penganti....
Quote nazzse 7-7-2020 02:47 PM
Ex laki tak ambik tahu pasal anak langsung agaknya lepas cerai
Quote Atata 7-7-2020 03:04 PM
Walaupun dia seorang bapa tunggal yang sibuk dengan kerjaya, dia akan sentiasa meluangkan masa hampir saban hari dengan anak-anak saya. Kalau mereka boleh bertutur dengan baik, membaca dan melukis, semuanya kerana usaha jejaka ini, ”

Maaf la.. skeptikal sikit. Biasa puji-pujian ni waktu fasa masih wangi. Kenal biar lama sikit..jgn terburu2
Quote chikumanis 7-7-2020 03:22 PM
seriusly ex hubby dia artis antarabangsa?
Quote prettyuglybabe 7-7-2020 03:41 PM
ayat cliche 'dia tak tau sy retis masa berkenalan'
Quote jijilaaa 7-7-2020 03:46 PM
dia tak kenal jac penyanyi?? jangan ckp mat salleh lagi jac. amboii taste ko nak besar2 je ye jac yang pencil 2b ko tak nak
Quote manehnya 7-7-2020 04:05 PM
Ya lah tera x dpt lg mmg la lelaki yg bark, once dh dpt... Huuu jgn dbuat bola plak anak tiri tu
Quote Themilo 7-7-2020 04:14 PM
Edited by Themilo at 7-7-2020 08:15 AM
chikumanis replied at 7-7-2020 07:22 AM
seriusly ex hubby dia artis antarabangsa?

Ye la, grup Az Yet (Had To Say I'm Sorry). Masa masih suami-isteri, Jac takde lak gigih nak pakai surname Rivera.. ni yang sah-sah Melayu Islam, gigih nak letak nama Depp kat hujung nama beliau, sebagai tanda dah menjadi hak milik suami..
Quote chikumanis 7-7-2020 05:18 PM
Themilo replied at 7-7-2020 04:14 PM
Ye la, grup Az Yet (Had To Say I'm Sorry). Masa masih suami-isteri, Jac takde lak gigih nak pakai  ...

hahahaaa...

dolu sebelum sah shake hand, kata tak nak guna nama suami kan...last2 tukar jugaaaa...wallllaaaa

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.148664 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top