"Banyak orang tanya Sha punya tips kurus kan? Tu la tips dia.. Workout sambil jaga anak." Penyanyi bersuara lantang, Shila Amzah nampak semakin kurus sekarang. Apabila ditanya rahsia kurus oleh pengikutnya, jawabnya sambil mengasuh anak sambil bersenam. Menjelaskan lebih lanjut di Instagram, Shila berkongsi tip kurus iaitu menerusi amalan pemakanan dan juga senaman. Selain itu, dia turut memberitahu semuanya dilakukan dengan kadar sederhana tanpa memaksa diri serta membandingkan perkembangan dirinya dengan orang lain.
Bagi Shila, senaman yang dilakukan hampir setiap hari dengan menonton video di YouTube selama 30 minit banyak membantu selain mengelakkan nasi dan banyak minum air. "Jangan stres, setiap badan kita semua
lain-lain. Jangan bandingkan siapa cepat siapa lambat. Tukar cara hidup,
benda ni bukan tip diet. Kita kena buat dia jadi Norma baharu kita. Ia perubahan gaya hidup." Terdahulu, Shila pernah memuat naik gambarnya ketika rakaman I Can See Your Voice yang menampilkan bentuk badannya lebih berisi. Ketika itu dia berasa lemah, badan sakit dan pernafasan ketika menyanyi juga agak terganggu. Sejak itu, Shila sedar bahawa pentingnya mendapatkan kembali badan yang lebih sihat. Jadi, selepas enam bulan bersalin (menerusi pembedahan), mulai 15 Mac, ibu kepada Seth ini memulakan rutin baharu yang membuatkannya berasa lebih sihat dan bersemangat. "Sha dah taknak toleh ke belakang.. I want to be stronger and healthier." Wah! Bagus ya semangat yang dimiliki oleh Sheila Amzah. Jadi, bagi mereka yang mahu kurus tu, jangan risau, masih ada jalannya asalkan berdisiplin ya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|