Seorang suami hilang pertimbangan apabila mencekik isterinya hingga mati sebelum menggantung diri, manakala anak kecil mereka sedang tidur. Memetik laporan Mirror, kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Burton, Staffordshire pada September tahun lalu.
Kiril Nemcev, 32, tidak dapat mengawal kemarahannya ketika bertengkar dengan isteri, Lana Nemceva, 33. Difahamkan, Nemcev tidak suka apabila ibu mentuanya bercadang mahu tinggal bersama mereka. Mayat pasangan itu ditemui penyewa rumah mereka, Yuri Latchis yang baru pulang dari kerja; Nemcev dengan kesan tikaman di perut dipercayai dilakukan Lana sebelum dia mencekik isterinya. Mayat lelaki itu ditemui di tangga, manakala mayat isterinya ditemui di lantai bilik air dan hasil pemeriksaan mendapati kejadian tidak membabitkan pihak ketiga. Sementara itu, Oscar yang berusia dua tahun yang tidur di dalam bilik pasangan terbabit tidak cedera.
Pasangan itu berpindah ke Britain dari Latvia selepas Lana mendapat kerja sebagai optometris, manakala suaminya bekerja sebagai cef di Pizza Express. Perbicaraan di Mahkamah Staffordshire dimaklumkan, Nemcev mengambil ubat penenang dan pernah menyelidik mengenai perceraian secara dalam talian sebelum menyerang isterinya. Ketua Inspektor Dan Ison berkata, rumah tangga pasangan itu mula retak apabila ibu Lana sering menginap di rumah mereka. - CARI
|
Kurex: Tak mungkin orang yg bertamadun dalam dunia sampai dipuji urban berkerak buat benda macam ni ni..
ADVERTISEMENT