CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amyza Tuntut Peguam Anju Mohon Maaf, Ganti Rugi RM5 Juta

2-7-2020 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15401| Komen: 98

Description: Bagi membersihkan namanya, pelakon Amyza Aznan mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM5 juta terhadap peguam mewakili Zarina Anjoulie, Nurul Hafidzah Hassan.
Bagi membersihkan namanya, pelakon Amyza Aznan mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM5 juta terhadap peguam mewakili Zarina Anjoulie, Nurul Hafidzah Hassan.


Kredit foto: MalaysiaGazette

Menurut laporan Gempak, Amyza mengemukakan notis itu melalui The Law Chambers of Fauzi & Naseer.

Nurul Hafidzah dituntut membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan berjumlah RM5 juta selepas mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan dan fitnah di media sosial serta laporan media hingga merosakkan reputasi Amyza.

Peguam Amyza, Naseer Yusof berkata, budi bicara terhadap tuntutan ganti rugi itu hanya akan dilakukan selepas Nurul Hafidzah membuat permohonan maaf di media sosial, penerbitan media serta sidang akhbar.

"Sekiranya ia tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari, maka kita akan memfailkan saman di mahkamah," katanya.



Kredit foto: IG Amyza/Anju

Tambahnya, dia dan Amyza bersama seorang lagi peguam, Fauzi Abdul Samad menyerahkan notis berkenaan kepada kakitangan Nurul Hafidzah memandangkan peguam terbabit tiada ketika mereka ke pejabatnya di Shah Alam.

"Kami berharap segala dokumen dapat diserahkan kepada kami secepat mungkin untuk memasukkan memorandum kehadiran dan pembelaan.

"Bagaimanapun, ketika kami ke pejabat Hafidzah bagi meminta dokumen, kakitangannya memaklumkan segala dokumen sudah diserahkan ke alamat akhir Amyza.

"Saya juga ada meminta kepada kakitangannya mengenai nombor guaman untuk saya membuat carian di e-kehakiman tetapi nombor itu tidak dikongsikan," kata Naseer.



Nurul Hafidzah didakwa mengatakan tindakan Amyza dan Emelda Rosmila sebagai kempen pembunuhan karakter terhadap Zarina yang berniat jahat.

"Saya membuat tuntutan ini bagi membersihkan nama saya. Selama ini, semua sedia maklum saya mempunyai rekod bersih dalam industri hiburan. Kenyataan yang dilemparkan oleh Hafidzah benar-benar menjejaskan reputasi saya dalam bidang seni.

"Apa yang dikatakan peguam itu adalah satu penghinaan dan fitnah. Apa yang saya lakukan ini adalah usaha menjaga nama baik saya untuk terus bertahan dalam industri seni hampir lebih dua dekad," kata Amyza lagi. - CARI






Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 2-7-2020 12:15 PM
banyaknya duit duit diorang ni pakai lawyer
Quote Nenasketum 2-7-2020 12:17 PM
Sampah sarap nya group yang ni. Very the stinky garbage type!
Quote selipar_hijau 2-7-2020 12:20 PM
Laaa peguam ke ingatkan Didie Alias
Quote sarah82 2-7-2020 12:22 PM
Anju saman dia 3 juta.. Dia saman anju 5 juta.. Wowwww
Quote ouch! 2-7-2020 12:23 PM
sarah82 replied at 2-7-2020 12:22 PM
Anju saman dia 3 juta.. Dia saman anju 5 juta.. Wowwww

Dia nak saman loyer anju
Quote sarah82 2-7-2020 12:24 PM
ouch! replied at 2-7-2020 12:23 PM
Dia nak saman loyer anju

Hahaha.. Baca saman anju.. X baca betul2..teruk dah mata ni.. 5 juta banyakkk...
Quote naina 2-7-2020 12:26 PM
saman menyaman la korang. tak pasal2 loyer plak kena saman..balaaa
Quote hannan_rayyan 2-7-2020 12:32 PM
selama ini Amyza rekod bersih ya
Quote airmineral 2-7-2020 12:43 PM
over la drg ni sume
{:freak
Quote Miss.Rara 2-7-2020 12:47 PM
macam main saidina pakai juta juta hahahha
Quote belilies 2-7-2020 12:47 PM
Gebang lebey ke??? Yas mana yass??
Quote MatDeghem 2-7-2020 12:49 PM
Ini macam main bola... The best defence is to attack your opponent.....
Quote RatuDunia94 2-7-2020 01:04 PM
Fara Mendoza --> Anju --> Amyza --> Peguam Anju.


1. Isikan tempat kosong berdasarkan rantaian di atas. (3 markah)
a) Pengeluar : ____________________
b) Pengguna sekunder : ________________
c) Pengguna tertier : ____________________

2. Tenaga apakah yang pindahkan oleh rantaian tersebut? (2 markah)

3. Jelaskan apakah yang akan berlaku sekiranya berlaku pengurangan populasi pada pengguna primer? (4 markah)



Quote kuzaime 2-7-2020 01:10 PM
Kau saman aku, aku saman kau, sampai AJM x habis
Quote fizamn 2-7-2020 01:18 PM
adakah nilai komersial AMyza adnan nie RM 5 juta??? mcm x caya ajeee...
Quote shernazz 2-7-2020 01:23 PM
Kita makan popcorn aje lah
  T jangan plak ada kempen sumbangan derma lah apa lah...
Quote MisXoXo 2-7-2020 01:30 PM
..amyza xdpt saman anju so dia attack peguam anju.jom discusi ilmiah psl kes ni.psl ada duit tu ke idok..dh berani upah lawyer mksdnya adalah tu duitnya utk bayar.kes sivil ni blh letk paling maksimum kan tuntutan dn kes ni akan ambil masa lama.sblm masuk bicara mesti ada rundingan2 dulu..mngkinlah kan.mcm kes Sajat dgn partner dia..mkn berthn2 juga baru selesai kan.ni mau ada byk fasa2 rundingan ni.pastu mmg kena siap duit ajalah.setiap kali proses2 mahkamah berjalan.seronok peguam2 lah.kalau kes 2thn mmg ada kosisten client masyukk..jom sapa ada ilmu2 guaman ni mehle share dgn kami semua.seronok juga dpt ilmu2 kehakiman ni.
Quote matbad 2-7-2020 01:31 PM
Mcm tuttttt..nmpk murahnya walaupun amout juta2..bussssukk
Quote CauPandin 2-7-2020 01:36 PM
gigih memasing...

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.188157 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top