"Saya berdoa agar Allah bagi dia petunjuk dan hidayah daripada kutuk dan hentam saya secara berjemaah." Faezah Elai memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terguris hati dengan pertuturannya dalam loghat Utara yang disifatkan kasar. "Saya orang Penang, memang berasal dari Penang dan bercakap loghat Utara. "Tapi kalau bahasa Utara tu bunyinya kasar sampai ampa dakwa syaitan, saya minta maaf sekiranya ada hati yang terguris," katanya yang menasihati haters unfollow IGnya. Dalam perkongsiannya itu, Faezah juga menegaskan bahawa dia tidak bertudung untuk memuaskan hati mana-mana pihak, sebaliknya ia dilakukan sebagai usaha menjadi muslimah yang lebih baik.
Faezah berkata demikian selepas ada pihak mempertikaikan imejnya bertudung tidak selari dengan tutur bahasanya yang disifatkan kasar. - CARI
|
mieymiey replied at 29-6-2020 03:54 PM
Tang mana pula sheols macam Jessica Alba?
ADVERTISEMENT