Gara-gara wajah dan penampilannya selalu dipertikai, Aina Abdul bertindak memakai pelitu muka ketika menyanyi menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.
Kata-kata yang kurang enak dari netizen menyebabkan penyanyi ini kurang berkeyakinan menonjolkan wajahnya.
"Saya sering terbaca komen kurang manis dalam laman YouTube, sejak beberapa minggu ini. Mereka mempertikaikan penampilan dan membandingkan saya dengan penyanyi lain. "Tohmahan dilemparkan menyebabkan saya hilang keyakinan diri hingga tidak mahu menonjolkan wajah. Saya juga merasakan diri seorang yang buruk. "Apapun, saya kena tabahkan hati dan terus menyanyi kerana ia menjadi sebahagian kerja mempromosikan lagu sendiri dalam media sosial. Saya terima kecaman hingga malas menunjukkan muka. Bagi mengelak terus dikecam, saya buat keputusan pakai pelitup muka," katanya kepada BH Online. Bagaimanapun dalam masa yang sama dia terharu bila ada yang memuji kemantapan vokalnya meskipun menyanyi sambil memakai pelitup muka.
"Saya terharu ada peminat memuji dan mengatakan vokal semakin mantap biarpun memakai pelitup muka. Sejujurnya, ia seperti memujuk hati yang terguris ketika kata nista dilemparkan. "Sebenarnya, saya tiada sebarang formula, sebaliknya hanya menyanyi seperti biasa. Teknik nyanyian masih sama tak kira pakai pelitup muka atau tidak. Ia memerlukan pernafasan yang cukup sebelum melontarkan vokal," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|