Ada pelbagai lambakan produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia. Selain iklan kulit gelap bertukar menjadi putih, produk keintiman juga laris di pasaran. Tidak hairanlah, produk membesarkan payu dara, zakar, memerahkan puting, mengetatkan vagina dan sebagainya sangat mendapat perhatian majoriti rakyat Malaysia. Bagaimanapun, apa pendapat anda apabila ternampak iklan menjual produk yang boleh mengekalkan haid untuk wanita warga emas? Sangat mengejutkan kerana ia bukan sahaja melambatkan 'menopause', malah didakwa merapatkan lagi hubungan suami isteri. Ianya diutarakan oleh seorang pengguna Facebook yang terkejut dengan trend sebegini.
Menurut Karolina, iklan tersebut menyentap fikirannya lalu mempersoalkan mengapa perlu wujud produk yang mahu menghentikan fitrah alam? Bukankah 'menopause' adalah kitaran hidup yang perlu dihadapi setiap wanita apabila telah sampai umur tertentu? "Perkara pertama terlintas dalam fikiran 'eh, macam mana pula kalau tiba-tiba mengandung di usia hampir 60 tahun'?" Melihat pada iklan yang dipromosikan oleh jurujual ini, banyak 'fakta' sains digunakan seperti menambah hormon estrogen dan juga bermain dengan emosi suami yang kononnya memuji isteri seperti anak dara. Walhal, hakikatnya wanita itu sudah pun bergelar nenek. Begitu pun masih bernafsu lagi? Inilah yang dirisaukan rata-rata wanita yang menganggap iklan sebegini hanyalah menjatuhkan maruah wanita. Sedangkan keperluan hidup sudahpun diatur cantik seiring dengan pertambahan usia. Bukankah bila berusia, keperluan lebih kepada ibadah, bukannya nafsu? Ianya turut dipersetujui warganet yang mempunyai pendapat serupa. |
mawar_mustika replied at 10-6-2020 10:37 AM
please lh jgn beli ubat2 yg mcm ni...ubat2 mcm ni + kolagen yg belambak kt pasaran tu die akan gangg ...
miraclehopes replied at 10-6-2020 11:15 AM
jadi apa kat uols...please share pengalaman
mawar_mustika replied at 10-6-2020 11:38 AM
i ade endometriosis...cyst di kedua2 belah ovari i...dah dibuang pada tahun 2016...last i i jmp do ...
ADVERTISEMENT