CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Covid-19 Lebih 'Sukakan' Lelaki Berbanding Wanita, Ini Puncanya

23-5-2020 04:16 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6546| Komen: 34|Original author: Oleh: Cari-Azza



Seorang Profesor Imunologi di Universiti Oxford, Philip Goulder menjelaskan teorinya bahawa pandemik Covid-19 lebih 'menyukai' lelaki berbanding wanita kerana imuniti wanita terhadap virus lebih kuat.

"Tindak balas imunisasi seorang wanita terhadap vaksin dan jangkitan biasanya lebih agresif dan lebih efektif dibandingkan lelaki."


Kredit foto: Live Science

Seperti dilaporkan BBC Indonesia yang dipetik Harian Metro, kadar kematian wanita dan lelaki yang dijangkiti Covid-19 menunjukkan perbezaan ketara.

Hal ini jelas dibuktikan di Amerika Syarikat bahawa kadar kematian untuk pesakit lelaki adalah dua kali ganda berbanding wanita. Manakala, di Eropah pula, 69 peratus dari semua kematian akibat pandemik itu juga adalah lelaki. Pola sama dapat dilihat di China dan juga di negara lain.

"Salah satu penyebabnya kerana wanita memiliki dua kromosom X, manakala lelaki hanya memiliki satu. Virus ini pula tertarik dengan protein dan dikodkan pada kromosom X. 

"Oleh itu, sel pertahanan pada tubuh wanita mengandungi dos protein dua kali ganda lebih banyak berbanding lelaki menjadikan sistem imun mereka lebih kuat."


Kredit foto: Forbes

Selain itu, faktor perbezaan gaya hidup juga mempengaruhi antibodi tubuh. Kebanyakan perokok adalah dari kalangan lelaki. 

Contoh terdekat adalah di China iaitu lebih 50 peratus lelaki negara itu merokok berbanding lima peratus wanita. Jadi, kemungkinan untuk perokok lebih cepat mati kerana mereka terdedah dengan risiko penyakit jantung, paru-paru kronik dan kanser.



Kredit foto: Bangkok post


Sebagai info, setakat ini lebih 5.3 juta penduduk dunia telah pun dijangkiti Covid-19 dan turut mengorbankan 340,000 orang.

Dari jumlah itu, Amerika Syarikat merekodkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu hampir 1.6 juta kes, diikuti lebih 300,000 kes di Rusia dan Brazil. - CARI

2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • lola0311


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salamon 23-5-2020 04:37 PM
so maknanya covid19 tu gayah
Quote sarah82 23-5-2020 04:52 PM
Maknanya kita kena melindungi lelaki la?? Omg
Quote Cable 23-5-2020 05:01 PM
dulu ada forumer tu...dia x reti beza teori dengan bukti...lepas tu hati tisu report moderator..

prfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght
Quote anakmak 23-5-2020 05:08 PM
sarah82 replied at 23-5-2020 04:52 PM
Maknanya kita kena melindungi lelaki la?? Omg

Hahaha lawak lah kau dek!
Quote Kurex 23-5-2020 05:18 PM
Banyak sgt kajian korang ni, jumpa vaksin tak jugak..
Quote crazybeach 23-5-2020 05:35 PM
so covid tu macam kurex la ye nok? so kurex tertarik dengan protein dan dikodkan pada kromosom X gitu?
Quote Madel 23-5-2020 05:36 PM
Makin ramai la andartu dlm dunia
Huhu
Quote sarah82 23-5-2020 06:03 PM
anakmak replied at 23-5-2020 05:08 PM
Hahaha lawak lah kau dek!

Hahaha.. Kalau lelaki pupus. Sapa kita nak tunjuk women always right gitu
Quote LostStar 23-5-2020 06:11 PM
So skrg sajat selamat ke x
Quote Fur 23-5-2020 06:12 PM
Nampaknya lelaki akan menjadi makhluk limited edisyen. Harus berbangga memiliki "lelaki" dirumahnya.
Quote Lagubestbest 23-5-2020 06:32 PM
Poligami! Poligami! Poligami!
Quote slavehunter 23-5-2020 06:56 PM
Lagi satu ending virus ni more to kpd pneumonia, jadi lelaki lebih banyak prob di jantung dan paru paru.
Quote namr 23-5-2020 07:50 PM
Jantina covid ni wanita
Quote mbhcsf 23-5-2020 07:56 PM
hahahaha

girl power huh?

i think sebab wanita kena surived dalam pelbagai keadaan ntuk jaga anak anak, hamil etc sebab tu Allah jadikan pelbagai mechanism untuk preserve kesihatan wanita
tengoklah premenopausal state versus post menopausal

penyakit  banyak terjadi kat wanita selepas post menipausal

of couse ada penyakit yg menghinggapi wanita dalam reproductive age juga
Quote polluxsstar 23-5-2020 08:16 PM
LostStar replied at 23-5-2020 10:11 AM
So skrg sajat selamat ke x

Covid pun confuse dgn spesis Sajat.
Quote LadyCarefree 23-5-2020 08:29 PM
Kurex: Banyak sgt kajian korang ni, jumpa vaksin tak jugak..



Janganlah buat statement nampak tak cerdik
Quote jazaa100 23-5-2020 08:33 PM
Pompuan kan pembersih....
Sikit sikit basuh tgn...sikit sikit basuh tgn....lelaki ni kekdg tu, lepas mkn pun malas cuci tgn....
Quote jazaa100 23-5-2020 08:34 PM
polluxsstar replied at 23-5-2020 08:16 PM
Covid pun confuse dgn spesis Sajat.

Sajatkan kata dia pompuan.....

Siap tunjukkn pad lg....
Quote jazaa100 23-5-2020 08:36 PM
Fur replied at 23-5-2020 06:12 PM
Nampaknya lelaki akan menjadi makhluk limited edisyen. Harus berbangga memiliki "lelaki" dirumahnya. ...


Nanti jadi mcm negara Poland....

Dpt baby boy...punyalah seronok sbb sana pompuan dah terlebih....

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.064751 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top