CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Broker Kaya, Yang Nama Dijual Teraniaya - Khalid Samad

18-5-2020 09:12 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7590| Komen: 57|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Khalid Abdul Samad. Kredit foto: Facebook


Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengesahkan bahawa bekas Setiausaha Politiknya direman pada 16 Mei bagi membantu siasatan kes borang pesanan penghantaran (DO) palsu melibatkan seorang broker.

Beliau berkata, polis mengambil tindakan itu ekoran aduan yang dibuat oleh sebuah syarikat arkitek yang menerima DO palsu daripada broker terbabit.

Khalid menjelaskan, broker berkenaan menerima ganjaran dengan menjual nama bekas Setiausaha Politiknya itu yang kononnya mendapatkan DO bagi pihaknya.

"Broker turut disiasat. Saya tidak boleh menceritakan lebih dari itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis. 

"Saya diberitahu 'broker' berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama ini," katanya melalui Twitter.



Kredit foto: Twitter

Beliau mendakwa, kepercayaan cash is king mungkin faktor yang menjadikan broker tersebut berjaya.

"Broker kaya, yang nama dijual teraniaya," jelasnya.


Semua pihak seharusnya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini selagi polis belum menyelesaikan siasatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arnauld 17-5-2020 11:32 PM
Mmg toxic...jgn dekat
Quote zamzam 17-5-2020 11:32 PM
Aku ingatkan khalid broker. Rupanya setpol dia pun broker?
Quote ResellerMaxis 17-5-2020 11:40 PM
zamzam replied at 17-5-2020 11:32 PM
Aku ingatkan khalid broker. Rupanya setpol dia pun broker?

Ada sesiapa tahu ke apa maksud pap gomo ni?

[twitter]https://twitter.com/sir_azri/status/1262014602327408642?s=21[/twitter]
Quote sarah82 17-5-2020 11:40 PM
Wowwwwww.. Katanya PH suci murni
Quote ResellerMaxis 17-5-2020 11:41 PM
sarah82 replied at 17-5-2020 11:40 PM
Wowwwwww.. Katanya PH suci murni

Siapa kata? Individu di mana mana pun sama je. Ada yg corrupt ada yg jujur dan sebagainya.
Quote sarah82 17-5-2020 11:42 PM
ResellerMaxis replied at 17-5-2020 11:41 PM
Siapa kata? Individu di mana mana pun sama je. Ada yg corrupt ada yg jujur dan sebagainya.

Hahaha.. Aku ingat kan ang tak sedar dah yg manusia mana pun ada potensi utk korup.
Quote zamzam 17-5-2020 11:43 PM
sarah82 replied at 17-5-2020 11:40 PM
Wowwwwww.. Katanya PH suci murni

Suci murni atuk dia...haha
Quote zamzam 17-5-2020 11:44 PM
sarah82 replied at 17-5-2020 11:42 PM
Hahaha.. Aku ingat kan ang tak sedar dah yg manusia mana pun ada potensi utk korup.

Masa xder jawatan mmg tak korup.
Quote ResellerMaxis 17-5-2020 11:48 PM
sarah82 replied at 17-5-2020 11:42 PM
Hahaha.. Aku ingat kan ang tak sedar dah yg manusia mana pun ada potensi utk korup.

Sebab tu iol sokong ph supaya reform negara. Bagi kuasa pada pdrm, sprm n ag utk wat pendakwaan.

Lantik technocrat lead glc supaya sejarah 1mdb, mara, felda n fgv xberulang.

Dan sesiapa pun yg ada idea utk reform negara dan bebaskan negara dari corruption di alu alukan.

Kenapa aku xsuka umno pas? Sebab mereka memang xberminat utk membina negara transparent dan bebas corruption ni.
Quote sarah82 17-5-2020 11:48 PM
zamzam replied at 17-5-2020 11:43 PM
Suci murni atuk dia...haha

Hahaha.. Tu la.. Aku pun suka Tun M.. Tapi aku berpegang.. Jangan jadi pemuja manusia..
Quote sarah82 17-5-2020 11:49 PM
zamzam replied at 17-5-2020 11:44 PM
Masa xder jawatan mmg tak korup.

Nama ahli politik.. Ada jawatan ka tak.. Tetap korup
Quote sarah82 17-5-2020 11:51 PM
ResellerMaxis replied at 17-5-2020 11:48 PM
Sebab tu iol sokong ph supaya reform negara. Bagi kuasa pada pdrm, sprm n ag utk wat pendakwaan.
...

Muntah aku dengar.. Reform negara kononnya.

Tapi tak dan apa2 kes guan eng dah buang.. Heran aku... Bayar duit buat terowong tapi sampai skrg terowong tak wujud..bayar duit utk buat kajian tentang kesan pembinaan terowong.. Sampai la tak wujud kajian tu.

Hebat gila betul PH ni kan.. Tak ada dlm dunia ni terowong dasar laut ghaib.. Kecuali di pulau pinang.
Quote dizekni 17-5-2020 11:59 PM
Kemain lagi berlagak suci sangat sebelum ni

siang malam ratib najib 1mdb birkin
Quote ResellerMaxis 18-5-2020 12:00 AM
sarah82 replied at 17-5-2020 11:51 PM
Muntah aku dengar.. Reform negara kononnya.

Tapi tak dan apa2 kes guan eng dah buang.. Heran a ...

GEORGETOWN: Kajian kebolehlaksanaan bagi projek pembinaan terowong dasar laut masih belum siap sepenuhnya dan kajian itu kini dalam peringkat 90 peratus penelitian, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata pada masa ini draf laporan itu masih diperiksa oleh jurutera perunding bebas yang dilantik, HSS Engineers Bhd (Jurutera HSS).


“Selepas segalanya dibereskan di pihak jururunding, barulah ia akan dikemukakan kepada kerajaan negeri bagi kelulusan. Ia adalah proses timbal balik, setelah mereka (Consortium Zenith Construction Sdn Bhd) kemukakan kepada HSSI, HSSI akan kaji dan memberi komen sebelum menghantar semula kepada Zenith bagi penambahbaikan.

“Ia masih pada tahap 90 peratus, kerajaan negeri sentiasa menerima maklumat yang dikemas kini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang dirasmikan oleh Toh Puan Majimor Shariff, isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai itu adalah di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.

Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke baru-baru ini yang menyatakan komitmen untuk menaik taraf sistem perkhidmatan feri Pulau Pinang termasuk pelan memperkenalkan bot jenis Catamaran di mana ia dilihat bakal memberi kesan kepada projek terowong dasar laut, Kon Yeow berkata tiada sebarang keputusan dibuat pada masa ini.

“Tiada keputusan lain selain meneruskan kajian kebolehlaksanaan. Tetapi (terowong) bukan keutamaan, keutamaan adalah lebuh raya (dari lebuh raya) dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Kami berharap dapat memulakannya dalam tempoh dua bulan,” katanya.

Dalam perkembangan lain berhubung laporan sebuah akhbar berbahasa Cina berkaitan perbezaan harga kereta unit baru Toyota Camry 2.5 CBU yang dibeli oleh kerajaan Pulau Pinang berbeza dengan Perak, Kon Yeow menjelaskan Pulau Pinang tidak mendapat pengecualian cukai.

“Tidak ada pengecualian cukai, jadi kami membelinya dengan harga pasaran, Perak mungkin mendapatnya (pengecualian cukai) . Itulah sebabnya perbezaan harga,” katanya. – BERNAMA
Quote ResellerMaxis 18-5-2020 12:03 AM
sarah82 replied at 17-5-2020 11:51 PM
Muntah aku dengar.. Reform negara kononnya.

Tapi tak dan apa2 kes guan eng dah buang.. Heran a ...

Aku bukanlah sokong projek terowong. Sekarang ag pun dah tukar. Boleh revise balik keputusan ex-ag dan dakwa semula lge.

Aku pun berminat nak tahu kebenaran kes terowong ni samada lge bersalah atau tidak.

Berkenaan terowong xnampak tu. Memang projek yg panjangkan. Di jangka siap lebih 20 tahun lagi.

Projek sama termasuk laluan train, bas dan lain lain utk revolusikan public transport di penang.

Again. Sila buka siasatan n teruskan pendakwaan.
Quote sarah82 18-5-2020 12:07 AM
ResellerMaxis replied at 18-5-2020 12:00 AM
GEORGETOWN: Kajian kebolehlaksanaan bagi projek pembinaan terowong dasar laut masih belum siap sep ...

Sembang.. Belum siap kononnya.. Haktuih.
Quote Potpouri 18-5-2020 01:04 AM
sarah82 replied at 18-5-2020 12:07 AM
Sembang.. Belum siap kononnya.. Haktuih.

Biasalah..sembang je hebat PH ni. Nak tggu semua org lupa la tu.
Yang menjadikan negara kita ni korupsi pun bangsa depa la yg suka bagi hadiah macam2, belanja makan semua..beli jiwa melayu. Biasa sgt. Pastu bila dh selalu bagi dan rasa terbeban. Salahkan plk org kata korupsi bagai. GTH la bangsa depa ni.. racist to the max. Cakap org racist tp diri sndiri lebih..  





Quote sarah82 18-5-2020 01:08 AM
Potpouri replied at 18-5-2020 01:04 AM
Biasalah..sembang je hebat PH ni. Nak tggu semua org lupa la tu.
Yang menjadikan negara kita ni  ...

Tu la.. Bila kita tegur atau tegas.. Kata kita tak adil la.. Rasis la.. Skrg tengah kepanasan la seorg2…
Quote pasa 18-5-2020 02:59 AM
PH party maksum.

Reformasi perundangan taik kucing dia.

Rules of law jadi rules of jungle

Kes terowong tu kan ke NFA dah SPRM hantar kat AG, AG buat tak tahu.

Kene anak tiri najib ha.. Belum masuk mahkamah dah buat penyelesaian tepi.

Patut pejabat AG tak payah le offer sumbat la anak tiri najib kat penjara kajang ke sungai buloh.

Abg non semburit dulu pejabat AG tak offer penyelesaian tepi. OK bayar compuan semburit ilek.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053514 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top