"Sebenarnya, waktu nak tulis posting ini pun, hati saya sebak. Kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir dua bulan lebih." Luah penyanyi dan usahawan, Mila Jirin di laman Instagramnya. Sebagai pemilik syarikat pakej perkahwinan dan pelancongan yang terpaksa berhadapan pandemik Covid-19, dia dan suami cuba menempuh fasa sukar tersebut. Lebih perit apabila terpaksa bertahan dengan kos operasi dan kos pengurusan berjumlah setengah juta ringgit sebulan.
Namun, mereka tetap positif mencari alternatif sebagai sumber rezeki. Ia sekurang-kurangnya mampu membantu untuk membayar gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan. Menurut Mila lagi, dia telah memanggil kakitangannya bermesyuarat, lalu menyuarakan situasi syarikat serta jalan untuk mengatasinya. Rentetan itu, mereka sepakat untuk memulakan perniagaan baru demi memastikan semua pekerja mendapat gaji masing-masing. "Saya maklumkan pada pekerja, situasi sekarang, saya
tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha
usaha ini membantu serba sedikit terutama kos pengurusan (Gaji pekerja)
yang hampir RM200,000 sebulan."
"Saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja saya hilang punca pendapatan. Kita buatlah apa sahaja yang
termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat
mereka bersama-sama menjana pendapatan." Jadi, anda yang belum ada kek raya lagi, bolehlah tempah dengan Mila untuk memeriahkan Syawal nanti. Secara tidak langsung, dapat membantu orang Malaysia juga. #KitaJagaKita - CARI |
azimodin replied at 18-5-2020 10:26 AM
bagus milla. dia tahu yang susah dia nak sustain hidup berbekalkan dengan suara yang biasa2 je tapi ...
sudirmanistas replied at 18-5-2020 02:35 AM
Makanan dekat Bizmilla Catering ni okay la boleh makan. Cuma nya banyak sangat mmber buat majlis dek ...
ALDRIN replied at 18-5-2020 10:15 AM
Konsert2 artis pon sampai bulan 6, 2021 mmg tak ada. Ramai org2 industri x de income..job x de.
gigahertz replied at 18-5-2020 10:53 AM
i tu hari sauadara i kahwin kat sana. dengan laki algeria. u tau mcm mana temu jodoh? hope u janga ...
ADVERTISEMENT