"Saya ingat cukup setakat dua saja, tapi tiba-tiba awal tahun 'sangkut' pula." Pelakon, Diana Rafar berkongsi kegembiraanya yang hamil anak ketiga dengan usia kandungan mencecah lima bulan. Diana, 38, atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar berkata, kesihatannya tidak menentu selain mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan. Mujurlah suaminya, Zamarul Hisham turut membantu sepanjang tempoh kehamilan terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. "Terima kasih PKP. Saya bersyukur dalam keadaan begini Allah bagi masa yang cukup untuk suami ada bersama dan boleh jaga saya selama beberapa bulan ini." Berkongsi kepada Harian Metro, Diana menjelaskan kesihatannya agak terganggu dari awal kehamilan sehinggalah sekarang. Banyak alahan dialami dan dia mampu berdoa sahaja. Namun, kehadiran suami menjadi penguatnya menghadapi alahan itu. "Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi ini memang tak terduga. Malah, saya juga tak boleh pakai mekap dan bersiap. Memang akan 'mabuk' dan pusing mata sampai rasa nafas tak cukup. Banyak kali cuba, tapi masih sama. Sekarang ini sudah okey sikit. Kadang, mekap separuh jalan saya terus cuci dan baring." Diana turut mengucapkan terima kasih kepada ramai pihak yang mendoakan dia dan bayi dalam kandungan sihat dan selamat. Dalam masa sama, dia yang dijangka bersalin pada September depan mengakui tidak kisah mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan. "Saya
tidak kisah anak lelaki atau perempuan. Sebab Allah sudah kurniakan
sepasang buat kami. Cuma, mereka bergaduh, seorang nak adik lelaki dan
seorang lagi perempuan." Diana dan Zamarul yang berkahwin pada 16 Mei 2009 dikurniakan dua cahaya mata, Kashfi Haiqal, 10, dan Kayla Reysha, dua tahun. Kami di CARI mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan semoga semuanya baik-baik sahaja. - CARI |
5
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bluebutter replied at 12-5-2020 10:16 AM
Zamarullll suka tgk dia. Handsome handsome. Tringt dia belakon dadah dgn saerah dalam iklan dlam mrt ...
RatuDunia94 replied at 12-5-2020 09:29 AM
Diana ni muda lagi sbb beza umur sheols dgn laki sheols 11 tahun..
bluebutter replied at 12-5-2020 09:16 AM
Zamarullll suka tgk dia. Handsome handsome. Tringt dia belakon dadah dgn saerah dalam iklan dlam mrt ...
beta_carotene replied at 12-5-2020 10:33 AM
zamarul pernah kahwin ke sebelum dgn Diana ni? ke kahwin bujang sama bujang?
mimi77 replied at 12-5-2020 10:53 AM
ye...dia duda anak 1 klau x silap
beta_carotene replied at 12-5-2020 10:33 AM
zamarul pernah kahwin ke sebelum dgn Diana ni? ke kahwin bujang sama bujang?
haruslah replied at 12-5-2020 12:38 PM
zamarul ni mmg i minat dr mula dulu
lesung pipit tu....
ADVERTISEMENT