CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Menu Berbuka Paling Lazat Di Muka Bumi" - Apa Hukum Santap Daging Dhab?

9-5-2020 10:57 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 11395| Komen: 22|Original author: Oleh: intan

Jika pernah ke negara timur tengah, anda pasti pernah melihat hidangan berasaskan haiwan dhab iaitu sejenis biawak yang hidup di padang pasir dan merupakan sebahagian daripada keluarga cicak.


Gambar hiasan
Kredit foto: Google Image

Kredit foto: FB

Rupanya yang seakan-akan biawak itu merupakan reptilia berdarah sejuk, membiak secara bertelur dan mempunyai sisik tebal.


Semalam, seorang lelaki dengan nama Azr Garden tampil di Facebook bagi mempromosikan jualan hidangan berasaskan dhab. Dia juga dilaporkan menjual daging haiwan berkenaan.


Kredit foto: FB

Namun, yang menjadi bualan hangat di kalangan netizen adalah mengenai hukum memakan haiwan tersebut. Adakah ianya haram ataupun halal untuk dijamah masyarakat terutama bagi mereka yang beragama islam.

Kredit foto: FB

Posting lelaki berkenaan juga telah mendakwa bahawa daging dhab amat lazat dan boleh dijadikan menu berbuka. Netizen telah meninggalkan reaksi berbeza dan rata-rata meluahkan perasaan ragu-ragu mengenai posting tersebut. Ada juga yang meninggalkan pelbagai komen negatif mengenainya.

Namun, jika dilihat dari sudut pandangan agama menerusi laman web Mufti Wilayah Persekutuan, dhab merupakan haiwan yang halal dimakan kerana haiwan ini tidak memakan bangkai dan bukanlah haiwan dua alam. 

Sumber: Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan

Hal ini dipersetujui berdasarkan dalil yang digunakan oleh sebuah hadis sahih yang diriwayatkan Imam Muslim. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 9-5-2020 11:03 AM
Kat Rasulullah pernah berkata baginda tidak makan tapi baginda tidak melarang umatnya utk makan..
Belajar taknak tau mengomennnnnnnn ja
Quote djzara81 9-5-2020 11:24 AM
Puas aku menjawab soklan provokasi psl dhab ni kt thread satu lagi. Spesis yg malas baca mmg buang masa layan, tau nk provok with no basis. Korang yg atheis ke, nk jd atheis or non muslim tau nk kecam je.
Quote sue_liah 9-5-2020 11:44 AM
aduh kembang pulak tekak tgk kaki dhab dalam mulut tu
Quote Liziqi 9-5-2020 12:30 PM
Mmg la boleh makan.Tapi ish tak selera nengok.Kembang tekak.
Quote pokaibanktokyo 9-5-2020 12:41 PM
Halal tapi wa tetap jijiks
Quote KIM.K 9-5-2020 12:42 PM
Nabi tolak dhab je ke
Atau nabi juga memilih2 tak makan semua lauk
Quote natrahn 9-5-2020 12:55 PM
Siapa pernah makan, rasa dagingnya macam mana? Teringat citer Mat Dan n PU Amin kat Astro tu. Dia pun geli geleman nak makan natang nih. Cam cicak kot
Quote Artemesiaa 9-5-2020 01:26 PM
Tak minat nak cuba
Quote AbukRokok 9-5-2020 02:20 PM
sambil makan sambil berborak slang arob
baru datang mood.... ya ukti khamsana...nakulmaan dhab panggang
Quote tai_digidestany 9-5-2020 03:42 PM
Part ni aku macam nah marah dan pertikai.
Dhab biawak ni halal pulak makan; dengan alasan bukan binatang dua alam dan tak makan bangkai.

Tapi di Malaysia, orang Islam Sarawak makan ulat mulong haram pulak!?

Dengan alasan rupa macam ulat.

Weyh, biawak pun orang tak makan; lagi lagi dhab yang rupa macam biawak.

Halal pulak.

Benda ni memang aku tak puas hati.
Quote Zazama 9-5-2020 09:34 PM
Haaaa!!!?! *@ semput nafas aku menengoknya!
Quote Gingerly 9-5-2020 10:26 PM
Dhab ni vegetarian..sesuci lebaran ya. Tak sama dengan bewok pelahap haiwan lain.
Quote Kuasaberganda 9-5-2020 11:13 PM
takpelah terima kasih. iolss makan popcorn sudehhh
Quote Supersirap 10-5-2020 12:58 AM
Tengok haiwan tersebut pun saya tidak selera nak makan
Quote Sham143 10-5-2020 04:40 AM
Edited by Sham143 at 10-5-2020 04:41 AM

Para sahabat ada memakan daging Dhab dihadapan nabi.. Nabi tidak memakannya tapi nabi tidak melarang.. Dari segi hukum dhab halal dimakan kerana dia tidak seperti biawak..Biawak lidahnya bercabang manakala rupa dan warna lidah dhab seperti lidah manusia..Biawak berdarah sejuk manakala dhab berdarah panas..
Quote PongKang 10-5-2020 05:41 AM
Jijikla... zaman covid ni elok makan vege aje
Quote 3480 10-5-2020 10:09 AM
Erkkk.. x lalu
Quote buapakperut 10-5-2020 11:04 AM
halal makan ni,sebab dia bukan mcm biawak,memburu dan mkn bangkai. tapi geli juga tengok ewww
Quote Wimoon 10-5-2020 11:53 PM
Adik aku paling kurang ajar. Dia tunjuk natang ni masa tengah makan berbuka. Terbantut aku nak makan. Dah la aku mmg geli giler dgn spesis mcm ni

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.189156 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top