CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dua Bulan Terkandas Di Kampung, Balik Rumah Kena Pecah Masuk

10-5-2020 10:48 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 8290| Komen: 32|Original author: Oleh: Ct Cheery

Rumah dah lama kena aim! Demikian luahan seorang pengguna Facebook yang mendapati rumahnya dipecah masuk selepas dua bulan terkandas di kampung halaman kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Tong gas pun mereka rembat. Coway lagi. Balik rumah dengan penat jem, Allah uji kami dengan ini. Meraung dekat situ terus. Anak-anak tanya kenapa mama tak lipat baju, tak kemas rumah. Allah! Aku mampu menangis je masa tu," tulisnya.



Foto: Facebook Miza Mohamad


Menurut mangsa, dia pulang ke kampung untuk mengambil semula anak-anaknya yang telah ditinggalkan sejak Februari lalu disebabkan dia ke Bandung, manakala suaminya bertugas di luar daerah di Sabah. 


Tambahnya lagi, dia terkilan dan sedih kerana jirannya warganegara Indonesia tidak dapat membantu siasatan polis memandangkan kejadian langsung tidak disedari mereka yang tinggal berhadapan dengan rumahnya. Ini kerana, pencuci terbabit licik menjalankan kegiatan mencuri dengan mengunci semula pintu rumah berkenaan. 



Loading FB Post...



Foto: Facebook Miza Mohamad


Lantaran itu, mangsa memaklumkan sudah membuat laporan polis pada 8 Mei di balai polis Sri Damansara selain memohon doa orang ramai supaya pencuri terbabit dapat ditangkap dan disabitkan kesalahan. - CARI

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 10-5-2020 11:01 AM
Bukan menuduh..
tp utk kebaikan kena masukkan jiran2 indon tu sebagai senarai suspek juga..

Ayat "dah maklumkan jiran n suruh amik gambar"...."pencuri mengunci semula lock seperti keadaan asal".. sila connect the dots yachh.
Quote Lavender85 10-5-2020 11:03 AM
try la solat tahajjud / hajat .. bulan puasa ni insyaAllah makbul.  semoga kuat hadapi ujian / dugaan ni
Quote Artemesiaa 10-5-2020 11:06 AM
Risiko bila tinggalkan rumah terlalu lama tampa bagitahu kepada pihak berkuasa, zaman sekarang tak boleh nak harap sangat pada jiran
Quote belilies 10-5-2020 11:28 AM
Nyampah pulak iols baca berita ni. Sempat lagi merompak rumah org. Repot polis pun iols rasa taguna musim covid ni. Priority deyols cuma berkawal di border negeri ja.
Quote Nico_Robin 10-5-2020 11:38 AM
belilies replied at 10-5-2020 11:28 AM
Nyampah pulak iols baca berita ni. Sempat lagi merompak rumah org. Repot polis pun iols rasa taguna  ...

Tak juga tu.  Tengah bulan lepas i kena pegi ipd buat kawad cam. Sebab polis dapat tangkap perompak. Diorang still buat keja
Quote belilies 10-5-2020 11:47 AM
Nico_Robin replied at 10-5-2020 11:38 AM
Tak juga tu.  Tengah bulan lepas i kena pegi ipd buat kawad cam. Sebab polis dapat tangkap perompa ...

Harap betullah sampai tertangkap perompah umah dlm benang ni. Laki pun tatau masih btugas luar daerah ke tak, berjiran dgn indon pulak tu.
Quote Kurex 10-5-2020 11:55 AM
Kenapa iols terusnrasa syakwasangka terhadap jiran indon tu
Quote misuke 10-5-2020 12:02 PM
memang senang la pencuri2 nk wat keje time gini...
Quote Nana_Man 10-5-2020 12:20 PM
Kadang2, kalau nk kuar lama dari ruma tu, tak bagitau jiran2 lebih selamat. Bagitau jiran mcm inviting for troubles.  Bukan senang nk jd target pencuri kalau tinggal kat ruma gitu. Lain lah kalau tinggal ruma landed. Senang sikit nk kene target.
Quote merrissa 10-5-2020 12:30 PM
hurm...kes makcik aku...org gaji indon dia yg punya hal

dia tolong bukak kan pintu then pura2 kene ikat juga...
Quote munchkin 10-5-2020 12:31 PM
Betul setuju dengan pendapat di atas. Kalau beritahu jiran rasa cam inviting. Melainkan jiran trustworthy.

Area kami insyaAllah. Jiran tak pernah sua muka pun bila inform dalam whatsapp group takde rumah, kita monitor orang keluar masuk jalan. Ada suspicious terus masuk dalam whatsapp group.

Tapi aku musykil gila cerita dia ni. Aku takut dia pernah pass kunci pada sesiapa, dan sesiapa tu buat pendua.

Mcm mana boleh kunci balik pintu???
Quote munchkin 10-5-2020 12:31 PM
Part pergi bandung bulan 2 tu. Aku nak hencap pompuan ni.
Quote djzara81 10-5-2020 12:34 PM
Simpati dgn nasib dia ni. I feel u sis. Umah aku 2x dirompak 2 tahun berturut bulan puasa, seminggu b4 raya. Dah serik sgt, kitorang psg cctv.
Quote polluxsstar 10-5-2020 12:42 PM
Kesiannye. Moga dipermudahkan segala urusan. Mesti penat nak berkemas sambil mengenang barang yang hilang.
Quote Cassieopeia 10-5-2020 12:44 PM
kesiannya.. kwn iols kene kuarintin kt msn. sekali imigresen buat operasi dgn rumah dia kene kopak. pdhal patut kkm ada senarai penghuni yg kne pindah pusat kuarintin. dgn pintu terbuka gitu je..nsb ada jiran indon yg baik call mak dia dan tolong belikan mangga kunci pintu. tp kunci grill je la. pintu kayi mmg habis tombol kne pecah...
Quote nefnefnef 10-5-2020 12:46 PM
Sudah jatuh ditimpa tangga. Kesian...
Quote ultraline 10-5-2020 12:48 PM
mana ade malaysia selamat..nasib tak diaapu cam cite ali baba satu lori
Quote sonatalady 10-5-2020 01:44 PM
Kesiannya.dugaan thn ni untuk family ni.
Semoga ada hikmah sebaliknya.
Quote missyL 10-5-2020 06:23 PM
RatuDunia94: Bukan menuduh.. tp utk kebaikan kena masukkan jiran2 indon tu sebagai senarai suspek juga.. Ayat "dah maklumkan jiran n suruh amik gambar"...."p ...


Bkn nk rasis or hater. Tp don't trust 100% indon nie. Byk sgt dah kes. Hmm

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.080107 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top