Setelah mengambil kira permintaan rakyat, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyarankan agar semua institusi kewangan melupuskan faedah terakru atau keuntungan sepanjang tempoh enam bulan moratorium pembayaran balik pinjaman. Beliau menjelaskan bahawa isu tersebut berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM). Namun, pada masa sama Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut tersebut melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank. "Kami di Kementerian Kewangan bersedia untuk bekerjasama dengan BNM dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan ini. "Kerajaan sentiasa peka kepada cetusan hati nurani rakyat, terutamanya dari golongan B40 dan M40 serta mengambil berat perkara ini.
"Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak COVID-19, saya amat berharap pandangan ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara," katanya melalui kenyataan yang disiarkan dalam Facebook. Kekeliruan timbul berhubung moratorium berikutan kenyataan media oleh BNM yang menyatakan bahawa faedah atau keuntungan akan terus terakru atau diambil kira atas pembayaran balik pinjaman yang tertangguh. Tengku Zafrul menambah, salah satu punca kekeliruan adalah disebabkan oleh pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat. Jelasnya, memang ada bank yang menawarkan moratorium tanpa mengenakan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman. "Namun, ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman. Setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium," ujarnya. Loading FB Post... Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat sahih tentang moratorium boleh merujuk kepada dokumen 'Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap' yang telah dikemas kini dalam laman sesawang BNM. - CARI
|
Ina8895 replied at 2-5-2020 11:42 AM
Menteri Kewangan PN yang berjiwa rakyat. Jauh sangat beza dengan nobita salah titik perpuluhan.
Innrukia replied at 2-5-2020 12:31 PM
okay la tu. Rakyat nk apa lagi?
RatuDunia94 replied at 2-5-2020 12:45 PM
Rakyat nk hutang2 tu dihapuskan terus..
kakuzu replied at 2-5-2020 03:08 PM
aiks.. menteri kewangan yg report terus ke perdana menteri
takkan stakat bagi saranan je?
menteri ...
ResellerMaxis replied at 2-5-2020 03:11 PM
sama jer cap ayam macam bos dia. boleh jer usul kat parlimen n jadikan undang-undang. tapi sebab t ...
ADVERTISEMENT