"Masa PKP pun nak berkira!?" Puasa-puasa ni, Azwan Ali marah siapa tu? Dalam ciapannya di Twitter semalam, pengacara terkenal dengan nama Diva AA itu meluahkan rasa kesal terhadap sebuah pasar raya yang dikatanya tidak membuka penghawa dingin.
Mungkin pihak pengurusan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Namun, Azwan dilihat begitu marah dan tidak senang dengan tindakan pengurusan pasar raya berkenaan. Malah, komen warganet juga dibalasnya dengan makian, justeru ramai meminta Azwan supaya bersabar lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. Puasa-puasa ni tak penat ke asyik nak marah-marah je? - CARI
|
nefnefnef replied at 30-4-2020 11:57 AM
Hehehe selamba si Hakim tu carut Diva AA ahli neraka. Sengaja la nak provoke
syidasaleh replied at 30-4-2020 01:48 PM
Hahahahaha.kental dak hakim tu. Tersentap Diva AA. Satu lg yg baju merah tu. Diva AA ngate org gem ...
solarlunar replied at 30-4-2020 12:34 PM
Mmg depa tutup or naikkan suhu.
Sbb smlm pegi mmg rasa panas. Bukan kt dlm hypermarket je.
insulin replied at 30-4-2020 02:25 PM
Nak jimatkan elektrik, tak pasal2 kena sumpah seranah dengan divaAA. Haha....
ADVERTISEMENT