Manusia lebih gemar mencipta persepsi tentang sesuatu perkara dan mengatakan mereka tidak bijak jika terlihat ada yang membuat sesuatu tindakan yang kita rasakan pelik. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi laman Facebooknya berkongsi satu kisah mengenai pesakitnya apabila wabak Covid-19 mula melanda negara kita. Menurutnya, beliau berasa pelik melihat gelagat pesakitnya ini hingga menyangkakan yang bukan-bukan. Mana tidaknya, di saat orang ramai memakai topeng muka, pesakitnya ini hadir ke klinik dengan memakai topi berjaring pula. Rupa-rupanya, ada sebab pesakit itu memakai topi berjaring.
Nak mengelak daripada menyentuh muka rupanya. Kreatif dan bijak sekali cara pesakit ini untuk membendung tabiat (break the habit) menggunakan suatu halangan sebagai peringatan. Dalam hal ini, jaring pada topi berkenaan menjadi peringatan itu. |
ADVERTISEMENT