Makin ayu saja melihat Fazura sejak mengumumkan kehamilan cahaya mata sulungnya. Lebih-lebih lagi apabila isteri kepada aktor Fattah Amin itu memuat naik foto bertudung sempena bulan suci Ramadan. Dalam hantaran terkininya di Instagram, Fazura memperagakan busana kaftan pemberian Prof Muhaya berserta ucapan sempena sambutan Ramadan.
"Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? "Bersempena sambutan bulan Ramadan yang mulia lagi barakah ini, saya Nur Fazura ingin mengambil kesempatan dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari. "Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredaan Allah SWT," tulisnya berserta kata-kata semangat. Rata-rata peminat kagum dengan kecantikan Fazura selain berharap dia akan kekal bertudung. Namun, apa yang menarik perhatian adalah respons diberikan apabila seorang pengguna menyifatkan aktres itu sebagai wanita paling cantik. Betul-betul merendah diri! Mesti Fattah dan Fazura teruja sambut Ramadan 'bertiga' kali ni, kan? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|