Orang awam yang pernah mengunjungi di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya bagi tempoh 4 hingga 18 April lalu dikerah untuk mengisi borang saringan kontak ekoran satu kes Covid-19 dikenal pasti bekerja di pasar berkenaan, lapor Harian Metro.
Berita itu dimaklumkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam satu kenyataan memaklumkan orang ramai diminta menggunakan pautan serta kod QR yang disediakan bagi mengisi borang berkenaan. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi mereka yang berisiko untuk menjalani pemeriksaan dan pensampelan di klinik kesihatan berhampiran. Pegawai Daerah Petaling Jaya, Johary Anuar dalam sidang media di Pasar Besar Jalan Othman berkata, pasar itu ditutup semalam selepas seorang peniaga ikan berusia 51 tahun disahkan positif pada 24 April lalu.
"Pejabat Kesihatan Daerah mengenal pasti satu kes Covid-19 yang bekerja di Pasar Besar Jalan Othman. "Orang awam yang hadir ke pasar ini bagi tempoh 4 hingga 18 April lalu diminta untuk mengisi borang saringan kontak menerusi pautan serta kod QR berkenaan. "Mereka yang berisiko akan dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk menjalankan pemeriksaan dan pesampelan di klinik kesihatan berhampiran," katanya dipetik dari Harian Metro. Tambahnya, kedua-dua pasar berkenaan akan ditutup sekurang-kurangnya lima hari bagi tujuan pemeriksaan saringan dan proses sanitasi. - CARI |
highcastle replied at 28-4-2020 10:04 AM
Alamak........ Kluster baru ke ni??
insulin replied at 28-4-2020 11:02 AM
Bakal kluster baru...
ADVERTISEMENT