"Lagu ini saya dengar 23 tahun dahulu masa umur 7 tahun. Bait katanya sangat mendalam. Dan setiap kali perform dengan Raihan, rasa tak percaya." Alif Satar sekali lagi menyentuh kalbu pendengar muzik tanah air dengan kolobrasi bersama kumpulan nasyid popular, Raihan. Lagu Dambakan CintaMu yang pernah didendangkan Raihan (ketika itu penyanyi utama Nazrey) menghidupkan lagi lagu ini. Tampaknya, Alif mengulang kejayaan lagu Sesungguhnya 2019 yang meninggalkan impak luar biasa.
Menurut Harian Metro, Alif menjelaskan yang dia sentiasa berbesar hati dapat bekerja-sama dengan kumpulan disanjungnya itu. "Walaupun ini bukan lagu baru, namun peluang berduet bersama Raihan cukup saya nantikan. Harus diakui peluang ini cukup menjadi kebanggaan peribadi disebabkan Raihan bukan calang-calang nama." Apa yang pasti, Alif tidak mahu versi baharu lagu itu dirakamkan sekadar suka-suka. Sebaliknya, dia ingin memastikan keseluruhan lagu berkenaan mampu meninggalkan kesan mendalam di hati setiap pendengar. Disebabkan itu, dia turut berusaha menampilkan elemen segar dengan sentuhan tersendiri bagi menaikkan lagi serinya. "Melodi asalnya menggunakan elemen 'acapella' sudah sedia indah. Tapi, untuk memberi impak lebih kuat, saya bersama band The Locos memberi pembaharuan terhadap susunan muzik kali ini. Biarpun belum sempat merakamkan video muzik rasmi kerana PKP, namun video muzik yang dapat ditonton sejak 27 April itu tetap menarik minat penonton. Apatah lagi kemunculan selebriti seiras Neelofa dalam video klip tersebut menguatkan lagi lagu berunsur ketuhanan ini. Malah, Alif turut meninggalkan tanda tanya mengenai siapakah wajah yang menangis dalam video klipnya itu? Kredit foto: Twitter Maka, ramailah yang berteka-teki dan ada yang mendakwa Neelofa lah tuan empunya badan berdasarkan kedudukan tahi lalat dan wajahnya yang persis pelakon dan usahawan berjaya itu. Dan akhirnya, Alif Satar menjawab di laman Instagramnya. "Lagu ini berkisar pengakuan secara terus terang kita sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa. Sebagai manusia biasa, kita berbuat baik namun kadangkala tidak sengaja terlupa siapa diri kita sebagai hamba Allah. Lagu ini jarang disebut, tapi liriknya menusuk." Kredit foto: Twitter Bagaimanapun, ada yang turut membandingkan suara Alif dan Nazrey, yang mana satu lebih sedap? Kredit foto: Twitter Apapun, usaha baik untuk mengembalikan lagu ketuhanan begini harus diberi kredit. Dan antara Nazrey dengan Alif, kedua-duanya mempunyai kekuatan suara tersendiri. Usah dibandingkan kerana setiap penyanyi mempunyai pesona masing-masing. Ayuh sokong industri muzik Malaysia. - CARI |
Tinot7: Patut la gelap nau. Pakai telekung kaler itam..
mdhelmi replied at 28-4-2020 04:55 PM
steady la raihan
grp nasyid malaysia yg aku paling respek
dan diwani
slyfynx: Azza, thread dah ade
kiah_mai_pulak replied at 29-4-2020 05:45 AM
selain @cari-saiful, @Cari-Azza ni pun mmg selalu mintak maki
ADVERTISEMENT