Kredit foto: Instagram bellastilah Penyanyi dan pelakon Bella Astillah baru-baru ini membuat pengakuan yang dia telah rujuk kembali dengan bekas suaminya, Aliff Aziz dan kini sedang menanti kehadiran anak kedua. Lantaran itu, rata-rata netizen memberi kecaman kepada Bella atas keputusannya itu.
Menurut laporan Harian Metro, Bella, 26, berkata yang dia memaafkan semua komen berbentuk cacian yang diterima. Bella menjelaskan dia mempunyai alasan berbuat demikian. "Ramai yang mencaci saya bodoh, fitnah saya dan sebagainya, tapi saya maafkan mereka. Selepas ini, saya hanya fokus pada doa-doa yang lebih baik," katanya. Menurut Bella, tiada guna dia memberi penjelasan panjang lebar sekiranya netizen tetap tidak mahu menerimanya "Apapun yang mereka nak fikir mengenai saya, akan selamanya kekal begitu. Walaupun, saya cuba jelaskan, kalau mereka tak suka, tetap tak suka. Sama ada pilihan saya salah atau tindakan yang kurang bijak bagi sesetengah pihak kerana kembali rujuk dengan suami, itu akan ditanggung oleh saya sendiri. "Pilihan saya adalah untuk anak memiliki ibu bapa yang lengkap dan cuba perbaiki apa silap sebelum ini. Mudah untuk orang menilai, tetapi hanya saya dan keluarga tahu niat utamanya sudah memadai. Perkara yang pernah berlaku biarlah berlalu, manusia tiada yang sempurna," jelasnya. Foto kredit: Roti Kaya Penyanyi lagu Tenang itu juga berkata, dirinya kini semakin matang untuk tidak berkongsi hal rumah tangga dan berharap akan terus memperbaiki dirinya. "Perkara yang lepas menjadikan saya lebih matang dan sangat berhati-hati dalam perkongsian soal peribadi. Tidak pernah saya minta simpati atau meroyan di media sosial, itu pilihan saya untuk korbankan cerita rumahtangga saya supaya menjadi iktibar pada orang lain," tambahnya. Bella juga berharap di bulan Ramadan yang mulia ini, kita semua sama-sama memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Pada Mei tahun lalu, Bella dan Aliff Azizi bercerai kerana penyanyi itu didakwa curang dengan beberapa wanita berbeza. Pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean yang berusia tiga tahun. Bella memaklumkan kepada pengikutnya di Instagram yang dia dan Aliff sudah rujuk ketika masih dalam iddah dan kini hamil anak kedua. - CARI |
ADVERTISEMENT